•Sunday, April 04, 2010
Pada awal Julai 2009, kami telah merancang untuk ke Selatan Perancis untuk melawat tempat pengajian seorang rakan kami di Toulouse, Perancis. Beliau mengikuti kursus Kejuruteraan Aeronautik di sana. Kesempatan ini juga kami ambil untuk ke negara Andorra (negara atas gunung (bebas cukai) di sempadan antara Perancis dan Sepanyol) dan bandar Barcelona di Sepanyol.

Perjalanan ke Barcelona bermula dari Pas De La Casa di Andorra. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam lebih dari Andorra melalui pergunungan di selatan Perancis memasuki Utara Negara Sepanyol.

Kami tiba di Barcelona menghampiri tengahari dan ketika ini musim panas dengan suhu hampir 35 darjah celcius ke atas.. Memang panas ketika ini.. Aku terus jadi 'tan' ketika ke sana..
Barcelona (Catalan pronunciation: [bəɾsəˈlonə], Spanish: is the capital and the most populous city of the Autonomous Community of Catalonia and the second largest city in Spain, with a population of 1,615,908 in 2008. It is the 11th-most populous municipality in the European Union and sixth-most populous urban area in the European Union after Paris, London, Rhine-Ruhr Area, Madrid and Milan, with a population of 4,185,000. 5 million people live in the Barcelona metropolitan area. The main part of a union of adjacent cities and municipalities named Àrea Metropolitana de Barcelona (AMB) with a population of 3,186,461 in area of 636 km² (density 5.010 hab/km²).



Dalam perjalanan dari Pas De La Casa, Andorra ke Barcelona, Sepanyol


Melalui ladang-ladang gandum seluas mata memandang


Memasuki bandar Barcelona, Sepanyol


Kawasan pantai sekitar bandar Barcelona..
Ketika ini ramai pengunjung sedang 'sunbathing'


Antara mercu tanda sekitar bandar Barcelona


The La Sagrada Família church, Gaudi's masterpiece.
Bangunan gereja binaan Arkitek Gaudi, binaan yang tak siap hingga kini.


The Temple Expiatori de la Sagrada Família (official Catalan name; Spanish: Templo Expiatorio de la Sagrada Familia; "Expiatory Church of the Holy Family"), often simply called the Sagrada Família, is a massive, privately-funded Roman Catholic church that has been under construction in Barcelona, Catalonia, Spain since 1882 and is not expected to be complete until at least 2026.



Pasar buah-buahan di tengah bandar Barcelona.
Buah tembikainya manis..
Malah ada buah rambutan di jual di pasar ini


Plaza Catalunya.


Semasa di bandar ini juga kami menemui seorang makcik yang baik hati yang sudi menunjukkan kami restoran pakistan halal yang terletak tidak jauh dari Plaza Catalunya ini.

Barcelona antara bandar yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi di dunia.. Semasa selesai membayar harga makanan di restoran itu, pelayan di kedai itu berkali-kali mengingatkan kami untuk berhati-hati dengan beg tangan yang kami bawa..

Kami turut berkesempatan untuk solat di sebuah Masjid berhampiran dengan tempat makanan itu. Pada mulanya masjid itu tidak mempunyai tempat solat untuk wanita namun Alhamdullilah, Imam Masjid itu sudi memberikan kami 1 ruang untuk solat di tingkat atas Masjid berkenaan yang merupakan deretan kedai-kedai atau rumah di situ.



Bertolak pulang ke Toulouse, Perancis hampir 12 jam perjalanan..


Kami bertolak hampir pukul 7.00 petang dan tiba di Toulouse menghampiri pukul 7.30 pagi keesokan harinya..Perjalanan sepatutnya mengambil masa dalam 5 jam menjadi 12jam kerana kereta sahabat yang turut berkonvoi bersama kami sesat semasa dalam perjalanan keluar dari bandar Barcelona.. Itu tidak termasuk berhenti entah berapa kali kerana pemandu kereta sudah terlalu mengantuk waktu itu.

Kami menunggu mereka hampir 2 jam lebih di sebuah stesen minyak sebelum memasuki sempadan negara Andorra.. Jika perjalanan pergi kami mengikuti jalan dalam bergunung dari Andorra.. Perjalanan pulang kami memilih untuk mengikut lebuhraya bertol yang menembusi kawasan pergunungan selatan Perancis memandangkan masa sudah menghampiri tengah malam.

Masa ini semua sudah keletihan dan tahap kerisauan kami berjalan di tengah malam dan awal pagi amat tinggi.. Bayangkan sepanjang perjalanan itu hanya kereta kami sahaja yang bergerak di lereng-lereng gunung pada tengah malam (2 buah kereta). Malah 2 orang anggota polis Sepanyol yang menahan kereta sahabat kami turut terkejut apabila menanyakan arah tujuan kami pada malam itu.. Menggeleng kepala mereka bila mendapati kami bakal merentasi kawasan pergunungan di antara 2 negara itu pada tengah malam..

Apa juga kenangan ini takkan dapat kami lupakan sampai bila-bila.. Inilah antara pengalaman kembara yang paling mencabar pada kami..

This entry was posted on Sunday, April 04, 2010 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Pengembara:

On 4 April 2010 at 15:18 , Lee said...

Hola Iina, love the pics here.One country I have not visited, maybe satu hari.
You have fun and vaya con dios, Lee.

 
On 7 April 2010 at 11:25 , iina said...

Uncle Lee

Must visit uncle lee.. instead going to tahiti must go to spain.. can speak spanish hehehe.. gracias for stopping by.. Adios ;)

 
On 9 April 2010 at 12:05 , joegrimjow said...

summer ni xjalan mana2 pon
huhuk

 
On 9 April 2010 at 12:12 , iina said...

Joe

Summer 2010 nie leh plan jln mana2 ;)

 
Related Posts with Thumbnails