•Thursday, May 24, 2012
Maaf hampir sebulan masa untuk aku update entri seterusnya.. Harapnya pembaca setia masih sudi membaca kisah ini.. Gagahkan juga update entri yang sekian lama tersimpan dalam draf ini.. harapnya mood nak update kisah seterusnya lebih bersemangat..

Surat Thani dibahagikan kepada 19 daerah iaitu
  1. Mueang Surat Thani 
  2. Kanchanadit 
  3. Don Sak 
  4. Ko Samui 
  5. Ko Pha-ngan 
  6. Chaiya 
  7. Tha Chana 
  8. Khiri Rat Nikhom 
  9. Ban Ta Khun 
  10. Phanom 
  11. Tha Chang 
  12. Ban Na San 
  13. Ban Na Doem 
  14. Khian Sa 
  15. Wiang Sa 
  16. Phrasaeng
  17. Phunphin 
  18. Chai Buri 
  19. Vibhavadi
Surat Thani bermaksud 'City of Good People' dengan terjemahannya 'Bandar orang yang baik-baik' telah diberikan oleh Raja Vajiravudh (Rama VI) pada ketika itu. Jika dilihat pada sifat dan adab budi bahasa keluarga sahabat baik aku Suthanya.. sudah tentu sahaja aku setuju dengan gelaran ini. Kawan aku itu memang baik orangnya.. malah keluarganya juga orang yang baik-baik ;)

Dari kuil 'Wat Suan Mokkhaphalaram' yang merupakan sebuah kuil Buddha di dalam hutan.. Kami mula bergerak ke satu pekan atau perkampungan orang Thai-Muslim yang terkenal dengan hasil tenunan kain sutera.. Perkampungan ini di kenali sebagai Phum Riang Village di daerah Chaiya

Antara kain yang dijual di kedai ini..
Aku membeli kain batik Thailand hanya THB120.. jika di tempat lain THB180

Boleh dikatakan kain batik atau kain ela di sini dijual pada harga THB120 iaitu lebih kurang RM12 sahaja.. Kebanyakan kain batiknya ada yang diimport dari Indonesia, tetapi terdapat juga kain batik buatan Thailand yang pelbagai warna. Semua kain itu dijual dengan 4 meter dan mungkin disebabkan aku bertudung, sedikit sebanyak ianya menarik perhatian kakak yang berniaga di kedai ini. Mungkin dia rasa pelik sebab kawan aku boleh bertutur bahasa Thai dan manakala aku pula sekadar mengangguk mendengar perbualan mereka. Apatah lagi kerana komunikasi antara aku, Suthanya & Kanako sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Di belakang deretan kedai ini terdapat kawasan tenunan yang dibuat daripada kayu.. dan kerja-kerja tenunan ini dilakukan sepenuhnya oleh kaum wanita Thai-Muslim.. Kebanyakan mereka dalam peringkat umur pertengahan dan sedikit berusia.. pelbagai corak kain tenun dihasilkan.. malah proses mewarna juga dilakukan sekitar kawasan ini..

Antara pekerja yang sibuk menenun kain


Mesin untuk menghasilkan benang


Serbuk berwarna yang digunakan
Benang pelbagai warna

Antara produk lain yang turut dijual di sini
Bunga telur dari kain 

Aku sempat berbual dengan salah seorang pemilik kedai bersebelahan dengan kedai yang aku beli kain tadi.. Terdapat pelbagai hiasan gambar di kedai itu .. Tuan kedai tersebut memberitahu aku dalam nada loghat kelantan asal usulnya dari Kelantan.. tapi telah lama berhijrah ke situ dan tinggal di situ.. Pekat juga loghat kelantannya.. aku boleh tangkap sikit-sikit sahaja ayat yang aku faham..

Pelbagai jenis kain ada di sini

Antara pengunjung terkenal yang pernah datang ke kedai ini..

Dulu aku pernah minta Suthanya belikan kain ini semasa kami di Glasgow dulu.. Memandangkan aku sendiri berpeluang ke Thailand.. maka awal-awal lagi aku dah beritahu kalau boleh aku nak singgah ke kawasan ini untuk membeli kain untuk keluarga dan sahabat aku di Malaysia. Rasa sedikit terkilan juga tidak membeli kain batik Thailand dengan banyak kerana apabila aku ke kedai lain di sekitar Surat Thani.. harga kain ini menjadi THB180-200.. sedangkan ketika di perkampungan ini aku boleh dapat hanya pada harga THB120 sahaja..

Mungkin jika ada peluang lain kali.. InsyAllah aku akan berkunjung ke sini lagi... Rasanya akan ada banyak trip ke sini lagi di masa akan datang ;)

Selesai membeli belah.. kami mula bertolak balik ke rumah Suthanya di Thakien Thong daerah Kanchanadit untuk makan malam di restauran tepi laut.

Bersambung..

•Wednesday, April 25, 2012

Sudah sebulan lebih aku meninggalkan bumi Thailand.. Kembara aku ke negara itu telah aku lakukan pada 10hb Mac yang lalu.. Menghampiri 2 bulan kenangan itu berlalu.. dan  terpisahnya kami bertiga dan  entah bila lagi pertemuan sebegitu akan terjadi di antara kami..

Perancangan ke Thailand ini telah dibuat sebelum pun aku pulang ke Malaysia lagi.. Sahabat baik aku di Jepun; Kanako yang telah merancang trip ini.. kebetulan dia mahu ke Thailand.. maka sahabat baik aku Suthanya pula beria mengajak aku ke Thailand.. maka sebelum pulang ke Malaysia.. Aku telah pun menempah tiket ke Surat Thani melalui AirAsia menggunakan currency £pound..

Akhirnya.. Pada hari sabtu bulan Mac yang lalu aku telah terbang ke Thailand.. Perasaan bercampur-campur... Ini kerana;

1- Aku tidak pernah ke Thailand.. inilah kali pertama...
2- Teruja nak jumpa sahabat-sahabat baik.. Suthanya & Kanako-san
3-  Teruja nak melihat bumi Thailand yang pelbagai budaya..
4- Teruja nak berkenalan dengan 2 keluarga angkat.. Ibu-bapa Suthanya dan Ibu Kanako

Penerbangan dari LCCT ke Surat Thani berjalan dengan lancar.. Masa lebih kurang 1 jam 30minit sahaja.. Tak terasa sangat masa berlalu dengan pantas.. Lagipun sebab aku travel sendirian.. maka aku takde rasa terburu-buru atau terkejar-kejar..

Bila sahaja tiba di lapangan terbang Surat Thani... Aku perlu mengisi kad boarding.. dan perlu diambil gambar di kaunter imigresen. Ketika aku sedang beratur menunggu giliran di kaunter, Nuch menelefon aku.. Sempatlah aku bersembang memberitahu status aku ketika itu.. Rata-rata pelancong di situ adalah pelancong asing.. ada juga pelancong dari Malaysia yang majoritinya adalah kaum Cina dan 1 keluarga Melayu.

Selesai urusan di kaunter.. Ketika aku melangkah keluar dari pintu ketibaan.. Dari jauh aku dengar laungan nama aku.. serentak aku dipeluk oleh 2 orang perempuan.. Sahabat baik.. Kanako-san dan Suthanya-san.. setelah bersembang dan berbasah basi.. aku diperkenalkan dengan ibu kanako dan juga ibu-bapa Suthanya.. Ibu kanako kelihatan muda sekali.. tidak ubah seperti kakak Kanako sahaja.. Berulang kali aku puji Ibu Kanako.. sampai dia sedikit malu-malu...

Selesai sesi peluk-peluk dan bersalaman.. kami mula bergerak ke sebuah restoran di tingkat atas balai ketibaan untuk makan tengahari.... Lauk pauk tak jauh asing dengan masakan melayu.. cuma aku hanya boleh makan seafood dan ikan sahaja.. Lagipun.. aku ada tukang 'translate' yang sedia berkhidmat.. Alhamdullilah.. sepanjang aku berada di Thailand.. aku tidak punya masalah sangat soal makan di sana..

Lauk makan tengahari
Ikan pari itu sememangnya kegemaran aku

Selesai sahaja makan tengahari, kami mula menaiki kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu oleh ayah Suthanya. Destinasi pertama kami adalah kuil buddha yang merupakan antara kuil terkenal di Surat Thani.. Mulanya Suthanya sedikit risau dengan aku kerana aku bertudung dan beragama islam.. tapi aku katakan pada dia.. aku takde masalah untuk melawat kuil itu.. lagipun sekadar melawat.. lagipun aku faham tujuan dia sekeluarga mahu singgah di situ.. Telahan aku.. mungkin mereka sekeluarga mahu mengambil peluang berdoa di situ.. Apatah lagi semasa kami di UK dulu.. Suthanya sering sahaja ke kuil Buddha di Edinburgh.. Mereka sekeluarga aku kira penganut agama Buddha yang 'alim'.

Kami dibawa sekitar kuil itu oleh Suthanya sambil dia menjelaskan beberapa tulisan yang dipahat di beberapa kepingan batu.. dan juga dia mengambil kesempatan berdoa di salah satu sudut di situ..

Pintu masuk ke kuil Buddha
Sekitar kawasan ini terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan pakaian
Lupa pulak nak ambil gambar ;)

Ruangan tempat duduk untuk penganutnya bermeditasi

Antara ukiran batu yang terdapat di sekitar kuil ini..

Kami luangkan masa lebih kurang 30 minit di kuil ini sementara memberi peluang keluarga Suthanya membuat meditasi dan berdoa di situ.. Selesai sahaja, kami mula bergerak keluar dari kuil ini dan di pintu masuknya terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan juga pakaian.Surat Thani terkenal dengan produk telur masin. Merata-rata tempat pasti ada gerai yang akan menjual telur masin ini. Telur masin ini boleh digoreng atau direbus. Setiap kotak telur itu dinyatakan tarikh bila telur itu boleh digoreng, direbus dan tarikh luputnya..

Kami sekadar singgah untuk melihat-lihat sahaja dan Suthanya ambil peluang membeli sekotak telur masin yang mengandungi 6 biji telur. Manakala ayah Suthanya pula membeli pulut kacang merah yang dimasukkan ke dalam buluh kecil. Sedap sangat rasanya..


Pulut kacang merah yang kami makan

Selepas itu kami mula bergerak ke satu pekan untuk melihat hasil tenunan kain masyarakat Surat Thani..

•Friday, March 16, 2012
Kali pertama aku menaiki penerbangan Air Asia kira-kira 6 tahun yang lalu.. ketika itu.. penerbangan Air Asia masih menumpang terminal KLIA dan beberapa bulan selepas itu barulah dipindahkan ke terminal LCCT.. Kiranya aku tidak pernah lagi merasa menaiki air asia dari terminal LCCT..

Hujung minggu yang lalu.. Aku telah  terbang ke Thailand..  dimana penerbangan dari LCCT ke Surat Thani hanya ada 3 kali seminggu.. iaitu hari Sabtu, Selasa dan Khamis. dan pengalaman pertama aku semasa menaiki penerbangan ini.. Banyak ragam dan cara yang aku perhatikan.. Lagipun aku dah biasa terbang dengan penerbangan tambang murah Ryanair dan EasyJet di UK.. Apatah lagi aku baru 2 minggu sahaja pulang dengan penerbangan antarabangsa.. (macam tak penat jek fly hehehe)

Memandangkan perancangan ke Thailand ini telah dibuat lebih awal sebelum aku pulang ke Malaysia.. sebab itu ramai juga kaum keluarga dan rakan-rakan aku sedikit terkejut.. Baru sahaja balik dah terbang pergi tempat lain hehehe... Lagipun pertemuan ini adalah umpama jejak kasih.. Bukan sekadar aku sahaja yang terbang ke Thailand untuk membuat pertemuan.. tapi juga sahabat baik aku Kanako turut terbang dari Jepun untuk bertemu kami bertiga.. Reunion.. From Glasgow to Thailand ;)

Sampai sahaja di balai penerbangan antarabangsa.. Pakwe sekadar 'drop'aku di tepi jalan.. dan aku pun mula mengangkut 1 beg cabin dan 1 beg laptop untuk aku check in.. Mulanya aku sedikit keliru dengan prosedur untuk check in sebab mencari Kaunter R yang rupanya terletak selepas security check.. Beg sekadar di scan dan dilekatkan dengan penanda 'security checked'.. Selepas check in di kaunter R7.. beg kabin aku sekadar berat 8.8kg jek.. berbanding 20kg yang aku dah bayar (rugi lah pulak rasanya).. Aku terus diminta untuk ke gate T6 untuk penerbangan ke Thailand.. Ketika ini terminal LCCT memang penuh dengan orang.. yelah hujung minggu kan dan juga bermulanya musim cuti sekolah.. Aku singgah sebentar di kaunter 'currency exchange' untuk menukar duit dari RM ke Thai Bath.. dan kemudian singgah di kedai untuk membeli surat khabar.. (bukan apa dah lama sangat tak baca 'newspaper' berbahasa melayu)

Memandangkan aku tidak ada apa-apa perancangan lain.. maka aku putuskan untuk terus ke Gate T6 untuk menunggu penerbangan.. Sampai sahaja di gate T6.. masih tidak ramai lagi orang yang menunggu di hadapan gate.. namun.. ketika itu,.. pengumuman dari Gate T7 penerbangan ke 'singapore' asyik dilaungkan berulang kali.. (kecoh jugalah.. sebab macam setiap 5minit jek.. anouncement pasti berbunyi).. Aku rasa ada penumpang yang belum check in di kaunter gate..

Menunggu dalam 1 jam.. tidak lama announcement untuk menaiki flight ke Surat Thani dilaungkan.. ramai jugalah yang beratur yang aku kira 50% bangsa asing & warga Thailand.. 10% melayu.. 30% Cina malaysia.. Yang bestnya sepanjang brjalan dari gate ke kapal terbang.. Aku mesti ditegur oleh jejaka melayu yang berjaga di sepanjang laluan hehehehe... Maklumlah lama sangat kot aku tidak ditegur oleh bangsa sendiri sebab sudah terlalu lama hidup dalam masyarakat British..

Aku ditempatkan di seat 18B.. dimana pasangan kiri kanan aku adalah 2 orang jejaka.. seorang berbangsa Thai.. dan seorang pula berbangsa cina malaysia..  Ketika dalam flight ini.. pelbagai aksi penumpang yang aku lihat.. Terdapat beberapa orang keluarga cina yang turut datang bercuti ke Thailand.... rasanya mereka duduk di seat yang berhampiran dengan aku.. ini sebab jejaka cina yang duduk sebelah aku tuh.. asyik menghilangkan diri.. yang bestnya.. kejap bangun.. kejap duduk.. kejap buka music player... kejap buka notebook... aduhhhh... rasa macam dia nie tak pernah naik flight kot hahahahha.... walhal perjalanan hanya 1jam 30min sahaja pun... Jejaka thailand sebelah aku pulak.. steady.. sekadar melayan lagu di Ipad.. atau main games.. Oklah.. kalau dia pun sibuk nak keluar masuk macam jejaka cina sebelah aku tuh.. mahu jek aku tensen hehehehe...

Penerbangan Air Asia.. pada aku hari itu 'smooth' cuma kadangkala.. buat aku tersenyum sebab pramugara yang buat announcement tuh asyik salah cakap jek hahahaha... Bila sebut 'Surat Thani'... sesuka hati dia jek.. sebut 'Surat Thana' hahahaha... lepas tuh.. tersilap announce waktu.. sebab di Thailand awal sejam dari malaysia.. dia pergi sebut waktu Malaysia pulak.. sampai semua orang dalam flight confused hehehehe... Tergelak sorang2 jugalah.. Aku suspek dia baru start keje kot ahaks...

Pada aku.. dari segi saiz tempat duduk.. oklah.. agak rapat sedikit.. tapi memandangkan penerbangan pun bukan lama mana.. not bad.. cuma yang menjadi igauan dahsyat kalau kena partner yang duduk sebelah tuh buat hal hehehehe... kalau duduk sama-sama geng.. atau 1 family.. ok kot... tapi macam kes aku.. pergi duduk dengan jejaka cina.. balik pulak duduk dengan geng2 anakdara yang bujang.. tapi sedikit kurang ajar... tensen jugalah.. sebab buat macam tempat sendiri tak pedulikan orang lain.. dan asyik nak cepat jek.. Masa nie aku memang begang gile.. sampai beg aku kat compactment pun diorg main tolak2.. sebab nak bg laluan beg sendiri.. sampai aku terpaksa pijak seat untuk ambil beg aku yang telah di tolak ke dalam...

Bab ini yang aku rasa tensen bila pulang ke tanahair .. sebab aku lihat tahap timbang rasa dan tolak ansur orang malaysia memang kurang sangat-sangat.. Itu tidak termasuk pemanduan di jalan raya... bertahun duduk di negara orang yang kaya dengan sifat toleransi.. budi bahasa.. tolak ansur.. tertib.. Pulang ke negara sendiri.. Aku sedikit rimas... Semua nak cepat dan terburu-buru... nasiblah... Selagi aku masih boleh bertahan.. aku tahan.. tapi kalau sampai masa aku akan sound.. memang aku akan cakap.. ;)

Surat Thani International Airport..
Thailand

•Thursday, February 16, 2012
Punting on the river Cam
Cambridge, England

A punt is a flat-bottomed boat which does not have a keel, and is propelled by means of a long pole. Punts were introduced as pleasure craft in Edwardian times, since then punting has become one of the most popular ways to see the famous bridges and colleges along the River Cam.
(Punting in Cambridge)

Bila ke Cambridge, selain daripada melawat bangunan kolej-kolej yang menjadi sebahagian daripada University of Cambridge, aktiviti menaiki 'punting' juga popular di sini..
Laluan 'punting' ini turut merentasi kawasan kolej-kolej yang terdapat di sepanjang sungai Cam.

•Thursday, February 02, 2012
Istanbul, Turki
Musim Bunga Tulip..

Perkataan 'Tulip' yang cukup terkenal dalam bahasa inggeris ini sebenarnya berasal dari perkataan Moden Latin 'tulīpa' pada zaman pemerintahan Otmaniah Turki yang membawa maksud tülbend ("muslin" atau "gauze" dalam bahasa inggeris yang bermaksud kain muslin; kain cotton ) dan juga dari perkataan Parsi dulband ("bulat"). Sebenarnya pameran bunga-bunga tulip telahpun dimulakan sejak dari zaman pemerintahan Otmaniah lagi.. dan kini pameran bunga tulip yang terkenal di dunia adalah di 'Keukenhof' Netherland. Bunga tulip atau dikenali sebagai lale (dari Persian لاله, lâleh) di Iran dan Turki, merupakan bunga yang asalnya tumbuh di beberapa kawasan di sekitar Afrika, Asia, dan Eropah.
Sumber wikipedia

Oleh sebab itu semasa aku ke Istanbul, seorang sahabat pernah memberitahu aku.. Asal bunga-bunga tulip yang terdapat di Netherland untuk dijadikan pameran bunga terbesar dunia.. berasal dari turki.. Jika di Netherland.. kita hanya dapat melihat deretan bunga tulip dalam pameran itu sahaja dan perlu membayar harga tiket jika hendak melihatnya
Tetapi di Istanbul.. Bunga tulip di tanam merata-rata di sekitar bandar itu.. Baik di tepi jalan atau di tengah-tengah bulatan.. Pergilah kemana sahaja.. Anda pasti akan melihat bunga-bunga tulip ada di situ..
Ketika ke Istanbul.. Pameran bunga tulip baru sahaja selesai dan kami puas bergambar ketika ke sana..

Related Posts with Thumbnails