•Wednesday, April 25, 2012
Sudah sebulan lebih aku meninggalkan bumi Thailand.. Kembara aku ke negara itu telah aku lakukan pada 10hb Mac yang lalu.. Menghampiri 2 bulan kenangan itu berlalu.. dan terpisahnya kami bertiga dan entah bila lagi pertemuan sebegitu akan terjadi di antara kami..
Perancangan ke Thailand ini telah dibuat sebelum pun aku pulang ke Malaysia lagi.. Sahabat baik aku di Jepun; Kanako yang telah merancang trip ini.. kebetulan dia mahu ke Thailand.. maka sahabat baik aku Suthanya pula beria mengajak aku ke Thailand.. maka sebelum pulang ke Malaysia.. Aku telah pun menempah tiket ke Surat Thani melalui AirAsia menggunakan currency £pound..
Akhirnya.. Pada hari sabtu bulan Mac yang lalu aku telah terbang ke Thailand.. Perasaan bercampur-campur... Ini kerana;
1- Aku tidak pernah ke Thailand.. inilah kali pertama...
2- Teruja nak jumpa sahabat-sahabat baik.. Suthanya & Kanako-san
3- Teruja nak melihat bumi Thailand yang pelbagai budaya..
4- Teruja nak berkenalan dengan 2 keluarga angkat.. Ibu-bapa Suthanya dan Ibu Kanako
Penerbangan dari LCCT ke Surat Thani berjalan dengan lancar.. Masa lebih kurang 1 jam 30minit sahaja.. Tak terasa sangat masa berlalu dengan pantas.. Lagipun sebab aku travel sendirian.. maka aku takde rasa terburu-buru atau terkejar-kejar..
Bila sahaja tiba di lapangan terbang Surat Thani... Aku perlu mengisi kad boarding.. dan perlu diambil gambar di kaunter imigresen. Ketika aku sedang beratur menunggu giliran di kaunter, Nuch menelefon aku.. Sempatlah aku bersembang memberitahu status aku ketika itu.. Rata-rata pelancong di situ adalah pelancong asing.. ada juga pelancong dari Malaysia yang majoritinya adalah kaum Cina dan 1 keluarga Melayu.
Selesai urusan di kaunter.. Ketika aku melangkah keluar dari pintu ketibaan.. Dari jauh aku dengar laungan nama aku.. serentak aku dipeluk oleh 2 orang perempuan.. Sahabat baik.. Kanako-san dan Suthanya-san.. setelah bersembang dan berbasah basi.. aku diperkenalkan dengan ibu kanako dan juga ibu-bapa Suthanya.. Ibu kanako kelihatan muda sekali.. tidak ubah seperti kakak Kanako sahaja.. Berulang kali aku puji Ibu Kanako.. sampai dia sedikit malu-malu...
Selesai sesi peluk-peluk dan bersalaman.. kami mula bergerak ke sebuah restoran di tingkat atas balai ketibaan untuk makan tengahari.... Lauk pauk tak jauh asing dengan masakan melayu.. cuma aku hanya boleh makan seafood dan ikan sahaja.. Lagipun.. aku ada tukang 'translate' yang sedia berkhidmat.. Alhamdullilah.. sepanjang aku berada di Thailand.. aku tidak punya masalah sangat soal makan di sana..
Lauk makan tengahari
Ikan pari itu sememangnya kegemaran aku
Ikan pari itu sememangnya kegemaran aku
Selesai sahaja makan tengahari, kami mula menaiki kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu oleh ayah Suthanya. Destinasi pertama kami adalah kuil buddha yang merupakan antara kuil terkenal di Surat Thani.. Mulanya Suthanya sedikit risau dengan aku kerana aku bertudung dan beragama islam.. tapi aku katakan pada dia.. aku takde masalah untuk melawat kuil itu.. lagipun sekadar melawat.. lagipun aku faham tujuan dia sekeluarga mahu singgah di situ.. Telahan aku.. mungkin mereka sekeluarga mahu mengambil peluang berdoa di situ.. Apatah lagi semasa kami di UK dulu.. Suthanya sering sahaja ke kuil Buddha di Edinburgh.. Mereka sekeluarga aku kira penganut agama Buddha yang 'alim'.
Kami dibawa sekitar kuil itu oleh Suthanya sambil dia menjelaskan beberapa tulisan yang dipahat di beberapa kepingan batu.. dan juga dia mengambil kesempatan berdoa di salah satu sudut di situ..
Pintu masuk ke kuil Buddha
Sekitar kawasan ini terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan pakaian
Lupa pulak nak ambil gambar ;)
Ruangan tempat duduk untuk penganutnya bermeditasi
Antara ukiran batu yang terdapat di sekitar kuil ini..
Kami luangkan masa lebih kurang 30 minit di kuil ini sementara memberi peluang keluarga Suthanya membuat meditasi dan berdoa di situ.. Selesai sahaja, kami mula bergerak keluar dari kuil ini dan di pintu masuknya terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan juga pakaian.Surat Thani terkenal dengan produk telur masin. Merata-rata tempat pasti ada gerai yang akan menjual telur masin ini. Telur masin ini boleh digoreng atau direbus. Setiap kotak telur itu dinyatakan tarikh bila telur itu boleh digoreng, direbus dan tarikh luputnya..
Kami sekadar singgah untuk melihat-lihat sahaja dan Suthanya ambil peluang membeli sekotak telur masin yang mengandungi 6 biji telur. Manakala ayah Suthanya pula membeli pulut kacang merah yang dimasukkan ke dalam buluh kecil. Sedap sangat rasanya..