Minta maaf sekali lagi... Sambungan dari
sini
Lewat nak update blog.. Harapnya jangan pula yang ada rasa cam bosan pulak.. sebab aku memang agak sukar nak update blog nie selalu.. sebab tugasan hakiki pun dah sememangnya ambil banyak masa aku.. ditambah mood nak menaip dan menulis amatlah 'Malas' kadang-kadang tuh..
Sebelum bulan puasa aku terima kunjungan dari seorang adik yang tinggal di bahagian utara Scotland.. Dia tinggal di 'Aberdeen' antara bandar di sebelah utara Scotland nie. Di Scotland, bandar-bandar besarnya tak banyak.. Selain Glasgow (dulu dikenali sebagai bandar industri dan kini merupakan bandar ke 4 atau 5 besar di United Kingdom), Edinburgh (ibu negara Scotland), Stirling, Dundee, St. Andrews dan Aberdeen. Ada lagi bandar-bandar kecil tapi bandar yang aku sebut nie adalah bandar besar yang kebanyakannya punya universiti masing-masing.
Teringat kata adik tuh .. "
Orang malaysia kalau tinggal di England.. biasanya jarang nak naik ke Scotland.. Mungkin sebab diorang rasa takde apa yang menarik kat sini.. Tapi Orang malaysia yang duduk Scotland.. hampir semuanya mesti pernah turun ke England... kira kita untunglah kan kak.. kita jelajah juga seluruh UK nie..." Aku yang mendengar senyum jelah.. ada kebenaran juga kata-kata dia tuh..
Kebetulan adik tuh baru balik dari Norway.. dia sempat ke satu tempat 'The Geirangerfjord' antara tempat wajib lawat bila ke Norway dan antara yang tercantik dengan air terjun dan kawasan pergunungan.. Kata dia "
Alah kak.. kalau kat Scotland kita senang jek nak jumpa air terjun atau kawasan gunung-ganang nie.. sungai tasik pun banyak.. pada saya.. biasa-biasa jek... tapi kawan-kawan saya dari England semua kata cantik gila.. semua kata best.. pada saya biasa jek.. sebab dah biasa tengok.. Diorang tak tahu.. kat Scotland pun lebih kurang camtu jek... hehehe"
Tapi aku sebut juga pada adik itu.. "
Tuhlah kan.. Sesiapa yang pernah datang UK kalau tak pernah datang Scotland amatlah rugi besar.. sebab kadang-kadang tak perlu susah-susah nak ke Switzerland atau ke Norway atau New Zealand nak lihat pergunungan dan cantiknya alam tasik, pulau dan lautan.. sebab hampir semuanya ada kat sini"
Ok... Cukuplah puji sakan Scotland nie.. Lagipun memang aku belum pernah jumpa lagi mana-mana blog atau tulisan di internet (dalam bahasa melayu.. kalau bahasa Inggerris tuh banyak) yang menceritakan tentang scotland nie.. sebab itu aku luangkan juga sikit masa untuk bercerita tentang pengalaman aku di sini.. setidak-tidaknya.. jadi panduan untuk sesiapa sahaja yang nak ke Scotland.. dan paling utama.. jadi panduan dan ingatan untuk diri aku sendiri...
Ok kita sambung cerita siri ke 3 'Pergunungan Scotland..
Dari Fort William ke Inverness'
Di Fort William ini seperti yang aku pernah tulis dalam entri sebelum ini.. Jika anda ke kawasan pergunungan Scotland.. Ia adalah antara bandar kecil yang wajib singgah.. Selain untuk berehat seketika selepas memandu hampir 3 jam atau lebih (jika berhenti-henti: confirm mesti korang berhenti lah) di sini biasanya persinggahan adalah untuk ke 'tandas' atau merehatkan badan sambil menikmati atau window shopping di sekitarnya..
Aku tidak pernah jemu ke Fort William.. Mungkin sebab bandar dia kecil sahaja dan tersusun.. Tidak begitu padat dan mengadap 'Loch Leven'.
Loch Leven
Aku pernah juga beritahu di sekitar Scotland ini terdapat banyak 'Loch' atau dikenali sebagai 'tasik', istilah lake tidak digunakan di sini tetapi perkataan 'Loch' berasal daripada perkataan Gaelic iaitu bahasa loghat Scottish.. Kebanyakan tasik-tasik di sekitar Scotland dikenali sebagai Loch.. dan aku pasti anda semua tahu 'Loch Ness' kan.. Tasik ini akan aku ceritakan bila perjalanan menghampiri ke Inverness nanti..
Berhampiran dengan Fort William ini terdapat banyak lokasi menarik dan pernah dijadikan lokasi perfileman untuk filem Being Human, Braveheart, Highlander, Restless Natives,Harry Potter dan Rob Roy. (source wikipedia).
Lebih kurang 7 baru dari Fort William.. Terdapat 'Ben Nevis Range' dimana kita boleh menaiki gondola ke 'mountain of Aonach Mor' dengan bayaran tertentu. Sila ke website
ini untuk mendapatkan lebih info tentang bayaran dan lokasi menarik di sini.
Source Photos : Google Image
Ben Nevis (Scottish Gaelic: Beinn Nibheis) is the highest mountain in the British Isles. It is located at the western end of the Grampian Mountains in the Lochaber area of the Scottish Highlands, close to the town of Fort William.
Ben Nevis from West Highland Way
Ben Nevis Range ini merupakan tempat ski kedua selepas '
GlenCoe'. Aku pernah naik ke sini pada tahun 2008.. Sekadar bermain salji seronok-seronok..
Naik Gondola ke Gunung Aonach Mor
3 jejaka sedang main mengelongsor..
Memang curam kawasan nie..
Tiap kali tengok photo nie..
Aku mesti senyum sendiri
Kenangan masa nie memang best
and I like the view ;)
Perjalanan di teruskan ke Inverness, sila rujuk peta.. Sekarang nie senang jek.. Boleh guna 'Google Maps'
Dari Fort William kami bergerak ke Spean Bridge (sebuah perkampungan kecil) yang melalui Inverlochy Castle.
Source Photos : Google Image
Inverlochy Castle is a ruined, 13th-century castle near Fort William, Scotland. The site of two battles, the castle remains largely unchanged since its construction. It is now in the care of Historic Scotland.
Aku pernah singgah ke sini pada tahun 2002. Istana ini tinggal runtuhan sahaja. Tapi masih jelas kelihatan senibina istana ini.. Pernah dulu seorang sahabat yang pergi bersama kami, memegang sebiji batu jalan di sekitar istana ini dan bertanyakan soalan '
Siapakah agaknya yang pernah pijak atau pegang batu nie beratus tahun dulu', masa dengar tuh kami gelak-gelak jelah.. Aku tak ingat.. Dia bawa balik atau tidak batu tuh.. Rasanya dia ada ambil.. Nak dijadikan cerita.. Malam itu anaknya meragam tak boleh tidur dan pada masa yang sama.. malam itu juga pakwe aku mimpi.. Kata pakwe mimpi dia itu seolah tayangan gambar.. Ditunjukkan pada dia wajah-wajah lelaki zaman dulu yang lengkap berpakaian perang dan ada yang hitam dan putih.. Seram?? Aku yang dengar cerita pakwe aku lagi seram.. Nasib dia tak ngigau masa tuh.. ;)
Lebih kurang sebatu dari 'Spean Bridge' terdapat Commando memorial sebagai tugu peringatan tentera 'British Commando Force' semasa perang dunia II. Boleh berhenti di sini untuk rehat dan meninjau kawasan sekitarnya. Aku pernah berhenti di sini untuk rehat dan makan tengahari.
Selepas Spean Bridge, kita akan melalui 'Loch Lochy' ke Invergarry.
Loch Lochy from A82
Loch Lochy (Scottish Gaelic, Loch Lochaidh) is a large freshwater loch in Lochaber, Highland, Scotland. With a mean depth of 70 m (230 ft), it is the third deepest loch of Scotland. Located 16 km (10 mi) southwest of Loch Ness along the Great Glen, the loch is over 15 km (9 mi) long with an average width of about 1 km (0.6 mi).
Selepas Invergarry pula kita akan melalui 'Loch Oich',
Loch Oich (Scottish Gaelic: Loch Omhaich) is a freshwater loch in the Highlands of Scotland which forms part of the Caledonian Canal, of which it is the highest point. This narrow loch lies between Loch Ness (to the Northeast) and Loch Lochy (to the Southwest) in the Great Glen. It is fed by the River Garry (from Loch Garry) from the West, and feeds the River Oich from its North end. The Laggan locks separate it from Loch Lochy.
Loch Oich ini dihubungkan dengan Loch Lochy dengan Caledonian Canal (terusan).
Canal to Loch Oich
Loch Oich
Courtesy of TripAdvisor
Selepas 2 loch ini, kita akan melalui Fort Augustus sebelum melalui Loch yang terkenal di Scotland iaitu Loch Ness.
On the most southern tip of Loch Ness Fort Augustus is situated on the Great Glen Way and the Caledonian Canal and is half way between the Capital of the Highand’s Inverness and Fort William. The original name for the village was Cill Chuimein, literally "the Church of Chuimein", after the said Chuimein, then the Abbott of Iona, established a church here in the 6th Century.
Locks on the Caledonian Canal in Fort Augustus
Wikipedia
In the early 17th century, the village became known by the name of the fort built by General Wade, Fort Augustus, named after the second son of King George. Augustus, the Duke of Cumberland, became infamous in the Highlands as "Butcher Cumberland" owing to the many atrocities inflicted on the Highland population by his orders.
Running through the village is the River Oich and the impressive 60 mile long Caledonian Canal and lock system, built by Thomas Telford in the early 1800s. The Caledonian Canal stretches from Fort William to Inverness, is linked by a series of natural lochs and has a flight of 5 locks from the top of the canal in Fort Augustus down onto Loch Ness.
Bersambung..