•Tuesday, December 03, 2013
Salam

Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 aku update ye..

Ramai di kalangan kita suka travelling.. Betul tak.. sama ada solo.. berkumpulan.. atau ikut trip family.. Semua itu ada keseronokan sendiri.. semua itu ada keistimewaan sendiri.. suka dukanya pun tak sama.. so apa bezanya?

Solo..

Siapa yang sering travel solo ini.. Aku memang respek giler.. meaning.. mereka ini sukakan cabaran dan cukup berani.. tidak semua orang sanggup travel seorang diri.. takde teman nak sembang-sembang atau minta pendapat.. takde teman nak tolong ambilkan gambar.. dan takde teman nak sama-sama susah bila tertinggal train.. bas dan sebagainya..

Namun begitu.. travel solo ini ada juga kelebihannya.. kita lebih mudah buat keputusan.. berhenti bila masa nak.. berjalan ikut suka hati.. mana nak pergi.. apa nak buat.. so on .. bla-bla.. Adakalanya travel solo begini lebih cepat pergerakannya... lagi satu cabaran utama travel solo ini adalah faktor keselamatan.. ini perkara yang perlu diambil berat dan kena betul2 well plan..

Berkumpulan

Ini ada 2 kategori.. Berkumpulan bujang.. dan berkumpulan keluarga..

Kumpulan bujang.. meaning kita travel dengan geng2 bujang atau yang dah berkahwin tuh.. kita travel solo dengan kawan-kawan sahaja tanpa kehadiran pasangan masing-masing.. Selalunya travel begini agak seronok kerana bagi yang dah berkahwin.. pergerakan agak bebas sikit ahaks.. dan selalunya lebih banyak tempat boleh pergi dan keseronokan itu lebih ketara..

Kumpulan bekeluarga.. Ini biasanya ahli kumpulan akan termasuk anak-anak sekali.. geng-geng sudah berkeluarga lebih suka travel dengan kawan-kawan yang dah berkeluarga juga.. so skop dan fokus travel kena mengutamakan aktiviti berkeluarga dan yang sesuai untuk anak-anak.. biasanya trip begini tempat yang dilawati selalunya melibatkan tempat yang punya kemudahan untuk anak-anak.. kalau ada agenda shopping dalam travelling trip.. maka faktor membawa anak-anak perlu diambil berat.. dan selalunya masa untuk shopping akan menjadi lebih pendek ahaks.. dan jika travelling dalam group begini faktor makanan adalah perkara utama dalam agenda dan kebiasaanya bekalan makanan dan kemudahan untuk memasak perlu dibawa sebagai backup dan kesenangan setiap ahli kumpulan yang terlibat..

Family

Travelling jenis ini kebiasanya melibatkan keluarga sendiri sahaja.. biasanya aktivti travelling jenis ini lebih disesuaikan dengan apa yang keluarga kita gemari lawati dan segala perancangan travelling hanya fokus pada kesesuaian keluarga berkenaan.. Untuk lebih adventures adakalanya sedikit sukar.. bergantung pada ciri keluarga anda sendiri.. kebiasaanya bila kita travel dengan keluarga sendiri.. aktivitinya adakala sedikit terbatas kerana setiap ahli keluarga punya suara untuk pendapat mereka sendiri.. berbeza dengan travel dengan sesama keluarga lain.. keputusan kebiasaannya melibatkan suara majoriti..

Jenis travel bagaimana yang aku suka?

Aku lebih suka travel secara berkumpulan keluarga.. dan adakalanya aku tak kisah untuk travel berkumpulan bujang (dengan group kerja atau kawan-kawan yang sesuai sahaja)

Memandangkan aku dah berkeluarga.. travel secara berkumpulan keluarga (bersama keluarga yang lain) memberikan cabaran dan kelainan yang menyeronokkan.. adakalanya seronok bila travelling itu keputusannya saling dipersetujui.. atau saling mempengaruhi antara satu sama lain.. dengan syarat geng keluarga itu adalah geng yang 'ngam' baik dengan kita..

Aku kurang gemar travel solo.. tidak dinafikan ada keseronokan tersendiri.. tapi aku lebih suka jika keseronokan itu dapat kita kongsikan bersama.. jika perlu juga travel solo atas urusan kerja.. biasanya aku akan lalui juga tanpa banyak komen.. tapi bila sudah mula ke sana sini sorang-sorang adakalanya lebih rasa bosan pulak.. Sebab itu aku respek mereka yang sanggup untuk travel seorang diri.. aku kategorikan mereka ini cukup berani..

So anda suka travelling yang bagaimana?

Mungkin ada yang nak kongsikan pandangan...
This entry was posted on Tuesday, December 03, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Pengembara:

On 30 September 2014 at 07:34 , Unknown said...

Saya suka travel solo sebab ada kebebasan dan keseronokan sendiri. Mmg kadang2 bosan jugak bila xdapat share kegembiraan tu.

Btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;)kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

Terima kasih!!

blog kami www.thetravelling3o.com

 
On 9 November 2015 at 14:37 , Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 
Related Posts with Thumbnails