•Tuesday, October 12, 2010
Dulu aku pernah buat entri pasal ladang teh ini.. cuma ketika itu tidak ada gambar bagi menyokong cerita aku hehehe.. Sebenarnya ladang ini mula beroperasi pada tahun 1927.. Bercirikan teh tanah rendah.. Tanaman teh ini diselang seli dengan kelapa sawit.

Terletak di daerah Kuala Langat.. Lebih kurang 4km dari jalan besar Banting Klang.. Terletak berhampiran Kampung Sri Cheeding dan Kampung Jenjarum.

Selalunya bila aku ceritakan di kampung aku ada ladang teh.. Mesti kawan-kawan aku kata.. Kampung ko mesti sejuk kan.. hehehehe... Kata mak dulu memang sejuk kawasan kampung aku.. tapi sekarang nie takde dah aku rasa.. sejak bukit dah kena tarah.. Panas jek ku rasakan ;)

Papan tanda ladang dan kilang pembungkusan Teh Boh Bukit Cheeding

Jalan masuk ke ladang teh

Ada kedai lama di kawasan ladang ini.. Tapi takde pulak papan tanda kedai apa ;)

Di kiri kanan jalan ini penuh dengan deretan pokok teh

Pokok Teh di selang seli dengan pokok kelapa sawit




Pokok Teh dari dekat

Aku lupa fungsi rumah biru nie (ada notis di tingkap)

Kali terakhir aku ke sini tak silap masa aku masih dibangku sekolah rendah.. Hampir 20 thn yang lepas.. Sejak itu rasanya aku tidak pernah lagi ke sini.. tak tahulah mengapa mungkin bila usia menginjak dewasa.. Aku lebih sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Ketika sempat pulang ke tanahair.. Aku ajak pakwe ke sini.. Dia pun tak pernah ke sini sejak berkahwin dengan aku.. Kiranya ini juga kali pertama dia ke sini..

Puas jugalah snap sana sini.. tapi masih juga terasa cuak.. rasa cam penceroboh pun ada hahahaha... udahlah ladang nie sunyi sepi di waktu tengahari.. Kadang rasa sayang sebab tidak ada sekeping gambar pun ladang ini di halaman web majlis daerah Kuala Langat.. Yang ada hanya info ringkas sahaja..

Oh ye aku juga tidak ke kilang pembungkusan.. lagi pun takde pulak rasa nak beli teh..
Mungkin di waktu lain.. Aku akan ke sini semula ;)

This entry was posted on Tuesday, October 12, 2010 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Pengembara:

On 13 October 2010 at 05:56 , Lady of Leisure said...

redup je nampak ladang teh ni kan

 
On 13 October 2010 at 10:40 , iina said...

Lady

Memang redup sebab dikelilingi pokok kelapa sawit.. walhal waktu nie tengahari..

 
On 8 January 2022 at 15:30 , Unknown said...

Orang awam boleh masuk ke

 
Related Posts with Thumbnails