•Wednesday, October 27, 2010
Sabtu petang.. Selepas setengah hari melepak kat rumah.. Pakwe ajak keluar dating ;)

Aku ajak dia ke Muzium Kelvingrove Glasgow.. Dah nak 4 tahun kat sini.. Tak pernah lagi masuk ke situ.. Walaupun dulu puas bergambar sakan di Kelvingrove Park pada musim bunga tahun lepas..

Sebenarnya aku yang malas nak pergi sebab aku tau dah.. Muzium adalah tempat kegemaran dia.. kalau duduk seharian pun dia ok jek.. Hahaha..Ini kes dengki nie..  ;)

Muzium nie terletak berhampiran University of Glasgow.. Ada tempat letak kereta berbayar.. Murah jek £1 untuk 4 jam.. So boleh layan duduk dalam muzium atau kawasan sekitar tamannya..

Masuk ke muzium ini pun percuma jek.. Nak datang hari-hari pun boleh ;)

Salah satu pintu masuk ke Muzium ini..
Tapi aku masuk ikut pintu satu lagi.. di belakang bangunan nie ;)

Scottish Art

Antara lukisan yang dipamerkan..
Sungguh happening lukisan nie..
Nak lukis tak reti... Ambik gambar jelah ;)

Lukisan pun leh cantum-cantum apa

Deretan Italian Arts

Typical Mackintosh design
Ini merupakan senibina ruangan Ladies Tearoom..

Glasgow and The World Exhibition

Foyer yang penuh dengan deretan bahan pameran

Discovery Exhibition



Wildlife Exhibition
Kat sini memang ramai budak-budak..





Muzium ini sesuai untuk dilawati seisi keluarga..

Ada 3 level di muzium ini dengan pelbagai jenis pameran yang disediakan..
Walaupun taklah banyak bahan pamerannya.. tapi pada aku oklah.. sebab masuk pun free jek..
Paling utama.. Pakwe takdelah berjam-jam nak duduk dalam ini macam pergi British Museum kat London dulu..
Ahaks ;)

This entry was posted on Wednesday, October 27, 2010 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Pengembara:

On 28 October 2010 at 10:49 , kak Erna said...

iina..banyak betul patung2 binatang kan..macam masuk ke zoo..
tapi yang best nya boleh bawak kamera masuk dan boleh ambil gambar kan..

 
On 28 October 2010 at 11:28 , iina said...

Kak Erna

Kebanyakkan muzium kat sini mmg boleh ambik gbr.. kecuali klu dia kata mmg xleh.. wildlife exhibition tuh mmg antara tarikan utama.. ;)

 
On 1 November 2010 at 05:02 , Zaitun said...

Salam kenal

Besar muziumnya,parking pula murah tak macam kat Kl dah mahal ada tambah2 lagi.

 
On 1 November 2010 at 10:23 , iina said...

Zaitun

Antara muzium yang terbesar di Scotland.. yelah kan.. saya pun dah lama tak ke muzium negara hehehe.. harus pergi tuh satu hari nanti ;)

 
Related Posts with Thumbnails