Demi memenuhi hasrat kawan aku si '
Fatt' maka kenalah jawab 26 soalan dia nie...
Disebabkan motif si Fatt nie tag aku sebab nak aku kongsi pengalaman maka awal-awal aku bgtau entri nie panjang.. banyak gambar dan aku gila kuasa sikit..
Harap maklum entri nie bukan takat karangan SPM tapi aku kelaskan sebagai thesis degree dah ;)
Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Aku yang bernama manja 'iina'. Seorang isteri dan seorang pelajar pasca sarjana dalam bidang computer science dan kini menetap di UK.. Lagi berapa bulan jek nak balik menetap di tanahair secara tetap pulak..
2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Aku mula travel ketika itu tahun akhir pengajian di UKM.. Ketika itu aku buat projek storyboarding untuk 1 research grant di bawah 2 orang proffesor. Group kami tak silap aku ada lebih kurang 10 org kot.. Kami semua diambil sebagai research assistant untuk produce storyboard yang berkisar tentang beberapa tempat-tempat menarik di Malaysia. Semasa kami terlibat dengan projek itu selama 2 semester (1 semester untuk praktikal dan 1 lg semester untuk thesis akhir) kami telah menjelajah ke 4 buah negeri iaitu Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Langkawi, Kedah. Masa nie kira aku benar-benar terlibat dengan travel secara group. Selain daripada ambil gambar dan mencatat kisah menarik kat tempat-tempat menarik tuh.. kami kena buat research tapi pada masa yang sama kitaorg enjoy travelling.. Lagi pulak masa tuh semua kos penginapan, perjalanan dan makan ditanggung di bawah projek yang kami ikuti. Seronok sangat masa tuh sebab kami travel dengan bas dan juga keretapi. Ianya dikira bercuti sambil bekerja.. Masa nie nak travel p luar negara memang takde peluang lah.. sebab mana ada AA masa tuh..
Kalau travel ke luar negara semuanya bermula pada tahun 2001. Ketika itu aku melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang Master Interactive Multimedia.. dan masa tuh baru setahun kawin.. Bila dah study oversea.. mestilah peluang travelling sentiasa terbuka kan.. sediakan duit jelah.. Balik dari UK pada tahun 2002.. Aku balik bekerja dan ketika ini ada peluang aku travel juga tapi banyak atas urusan kerja yang menyebabkan kadangkala aku perlu berada di sesebuah negeri itu selama 1-2minggu.. So masa nie.. Aku akan ambil peluang settlekan kerja dan pada masa yang sama bercuti lah.. Biasanya bila aku perlu outstation begini, pakwe aku akan ikut aku sekali.. Jadi driver untuk aku hantar aku pergi sekolah (sebab aku menyelia pelajar-pelajar yang menjalani praktikum kat sekolah) dan lepas waktu sekolah.. petang tuh kami biasanya akan explore sesuatu tempat tuh..
After about 5 tahun bekerja aku decide sambung semula study dan kali ini UK menjadi pilihan untuk aku sambung belajar. Kali ini aku memang dah plan semua trip dan travelling ke beberapa negara Eropah.. memandangkan pada tahun 2008 dan 2009.. Banyak tambang-tambang murah serendah 1p-1pound ditawarkan untuk 1 perjalanan.. Sejak tahun 2010 nie dah takde tambah murah dah.. paling murah sekarang nie 10pound jelah... so kira aku beruntung sangat masa travel pada tahun 2009 tuh.. sebab itu aku dapat travel banyak negara ketika itu..
3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Aku masuk kategori kedua-dua ini.. Disebabkan aku ada pakwe yang sah.. Maka ada masa aku kena jadi dua-dua.. Traveller dan tourist.. ini bergantung pada siapa geng yang ikut aku masa travel... kalau geng-geng family maka automatik jadik tourist ler.. nak jadi traveller susah sikit sebab mengangkut budak-budak yang banyak ragam sepanjang perjalanan.. so trip tuh lebih fokus pada tempat-tempat tertentu.. ambil gambar dan terus ke destinasi seterusnya... tapi kalau aku hanya berjalan berdua dengan pakwe aku.. so that trip aku jadi traveller sebab pakwe aku suka explore sesuatu tempat itu terutama makanan dan kehidupan manusia kat situ... so pada aku boleh adapt jadi tourist dan juga traveller..
4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
So far kebanyakan trip aku ke europe adalah perjalanan sendiri dan backpacking.. Buat masa nie belum pernah lagi ikut tour agency.. Ramai kawan-kawan aku lebih suka ikut trip di bawah 'kelana convoy' yang cukup terkenal di UK nie.. Tinggal bayar jek harga agen dan diorang akan uruskan semua... Ketika itu aku tak berminat sangat nak ikut travelling cara ini sebab 1st travel aku ke Europe dulu pun adalah memandai sendiri jek..
Disebabkan dah ada pengalaman itu.. Maka sebab itu aku lebih suka 'plan ahead' setiap perjalanan trip aku.. Hampir semua trip ke negara-negara di bawah kelana convoy tuh aku dah pernah pergi walaupun aku tak ikut trip tuh.. so ikut citarasa masing-masinglah kan.. ada kawan-kawan aku rasa travel sendiri2 nie banyak belanja dan lebih baik bayar jek agen sorang dalam 349-649pound (ikut tour berapa negara nak pergi.. boleh google jek pasal group nie).. Kenapa aku suka plan sendiri.. sebab aku boleh decide apa dan ke mana aku nak pergi pada hari trip berkenaan... Memandangkan kebiasaannya aku sering travel dengan beberapa keluarga maka banyak kos seperti sewa kereta, minyak, tol, penginapan dan makanan.. kami share bersama.. Alhamdullilah.. so far kami takde masalah lagi dan rasanya lebih berbaloi plan trip itu sendiri kerana kita tidak terikat dengan masa bas atau keretapi.. rasa nak berhenti boleh berhenti.. rasa nak bertolak boleh bertolak bila-bila masa... Lagipun ketika tahun 2009 masa aku plan travelling tuh banyak tambang murah dari serendah 1sen hinggalah 3pound jek.. so byr harga tambang pun paling tinggi 20pound jek utk 2 org termasuk tax dan checkin online.. Aku rasa mana yang jenis travel by budget lebih selesa rancang sendiri perjalanan berbanding book thru agen.. Kalau orang yang jenis suka travelling and exploring.. merancang sendiri adalah yang terbaik kalau kita nak travelling kan
5. Siapakah travel partner anda?
So far.. yang masih setia partner aku adalah pakwe aku aka suami tersayang.. Rasanya sesiapa pun kalau dapat partner yang suka travelling dan boleh tolak ansur.. memang bestlah apatah lagi orang itu adalah orang yang paling kita sayang dan cintai.. Lagi pulak dia punya sifat exploring tuh memang cukup tinggi terutama bila tempat itu adalah tempat bersejarah.. Tempat yang biasanya dia suka sangat pergi adalah muzium dan istana..
Kemudian buat masa nie kalau aku travel ada 6 family(3 dah balik mesia) yang biasanya merupakan geng-geng rapat bila aku nak travel.. diorg nie memang sporting giler dan memang boleh tolak ansur.. nak makan.. nak masak.. nak singgah mana-mana.. semua takde hal.. itu belum masuk bab bergambar.. diorg ada jek sesi fotografi dah jadi macam dalam studio hahahaha.... tapi itu lah yang best sebenarnya... tempat yang rasa sunyi sepi pun.. kalau sampai jek group kitaorg mesti jadik bising ahaks ;)
Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
Travel pertama kali ke luar negara pada tahun 2002 ketika itu aku melanjutkan pelajaran MSc di Edinburgh, UK. Trip pertama kami ke kota cinta Paris, Perancis... Ketika aku kat UK tuh dah boleh ler berkata bercuti sambil belajar ler... Ketika itu aku sempatlah ke London, Manchester & Bradford melawat kawan-kawan sekerja yang juga study kat UK masa tuh.. so kira merangkap p bercuti gak lah.. Tapi official travel ke Europe ketika itu adalah ke Paris.. 3 hari 2 malam.. memang kami sehari suntuk lah merayau keliling kota cinta itu ;)
7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
UK -sudah tentulah kan.. (Scotland, England, Wales kecuali Ireland jek takde peluang nak sampai lagik.. tak tahu bila)
Aku saje letak gambar.. walaupun tak suruh kan.. Aku kan rajin ;)
London, England
Edinburgh, Scotland
Cardiff, Wales
Norway:
Oslo
Sweden:
Gothenburg
Denmark:
Copenhagen
German:
Frankfurt
Holland:
Amsterdam
Vollendam
Luxembourg
Belgium:
Brussel
Antwerpen
Turkey-Istanbul
Gibraltar
Spain atau Sepanyol:
Marbella, La Linea,
Cordoba,
Granada,
Almeria
Malaga,
Barcelona.
France:
Paris,
Rodez,
Toulouse
Carcasonne
Andorra- Negara antara sempadan negara France & Spain
Italy:
Pisa,
Florence,
Rome,
Vatican City
Venice
Milan
Switzerland:
Geneva,
Bern,
Lauterbrunnen,
Interlaken
Lausanne
8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
Paris, Perancis
1st time pergi dating aka honeymoon dengan pakwe aku...
2nd time bawak mak aku masa dia datang ke sini tahun 2010.. sebab bawak dia p Paris.. Senang nak pergi.. sebab aku dah pernah pergi (confident sikit kalau nak bawak merayau) dan antara bandar terkenal dunia..Boleh lah nanti dia balik cerita dengan orang kampung wakakakakah..Lagi pun.. tambang tiket flight ke Paris selalunya mudah dapat yang murah... Mulanya aku plan nak bawak mak ke Istanbul tapi sebab masa tuh tiket mahal sangat so.. trip terpaksa tukar ke Paris.. lagipun sebab adik bongsu aku ikut sekali maka.. trip ke Paris tuh aku bawak pergi Disneyland Paris sekali ler... Bagi dia chance dia nak masuk walts studio.. tapi nasib masa tuh dapat tiket murah jek masuk disneyland.. dia langsung taknak try main entertainment park dalam tuh (buat rugi jek bayar tiket masuk).. last2 pakwe aku yang sibuk p try semua rides ;)
9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa
Spain
Sebab nak ke Spain? Daerah ini dikenali sebagai Andalusia..
Sebab masa trip aku ke Andalusia.. Pakwe aku tak ikut sebab dia kerja waktu tuh.. Biasalah aku kalau travel tanpa dia.. aku rasa travelling aku tak lengkap.. Maka aku rasa jika ada peluang dan rezeki lebih.. InsyAllah aku akan ke sini lagi dengan dia.. Lagipun masa aku ke Cordoba dulu aku hanya mampu berada kat situ 2 jam jek sebab sampai pun dah lewat pastu aku tak dapat collect banyak gambar sebab masa tuh bateri kong.. Frust sebab banyak gambar2 menarik tak dapat nak ambik.. so InsyAllah.. satu hari nanti aku akan ke sana lagi..
Satu mana cukup hahahaha... aku tambah satu lagik.. Aku nak ke Istanbul semula..
View mengadap 'Hagia Sofia' Gereja yang ditukar sebagai masjid dan kini dah jadi muzium..
Sebab nak ke sini.. Memang bestlah Istanbul.. semua kawan-kawan aku yang pernah ke situ.. mesti semua kata nak pergi lagik... Aku rasa seronok di Istanbul sebab setiap jalan kat situ ada masjid dan surau.. Bila azan jek.. saling bersahut-sahut sebab banyak sungguh masjid kat sini.. Lagipun sebab aku kan duk merantau ke negara mat salleh.. so bila dapat ke Istanbul.. rasa rindu nak dengar azan tuh terubat sungguh... InsyAllah jika ada peluang nak ke sini lagi.. tapi trip akan datang tuh bukan hanya kat Istanbul.. tapi aku juga akan ke beberapa bandar lain sekitar Turkey...
10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
1- Jepun : Terutama Tokyo sebab kawan baik aku (org jepun) currently study & kerja kat sana
2- USA : New York, New Orlean, Washington DC -memenuhi impian pakwe aku
3- New Zealand: Terutama Christ Church sebab best fren aku dulu study kat Uni CCH nie..
4- Thailand, Indonesia & Borneo : Europe dah p.. belah2 asia tak p lagik... nak buat camna.. masa tiket AA murah aku dah kat sini.. so balik nanti trip belah2 sana ler pulak ;)
11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
Pengalaman manis rasanya semua trip aku tuh best kecuali masa ke Brussel-Amsterdam. Yang paling seronok masa trip ke Italy-Switzerland selama 8hari sebab masa tuh berjalan aku langsung tak ingat masa 8 hari tuh berlalu cepat sangat.. kami enjoy giler masa trip nie.. macam-macam ragam dan perangai orang kami tengok.. pemandangan cantik.. berpeluang bergondola di Venice.. dapat tengok pergunungan swiss Alp sebab dah lama berangan nak ke Switzerland kan... Impian jadi kenyataan... Masa kat Italy aku dapat makan twisties hahahaha.. tapi packaging dia sama tapi nama lain.. Best giler masa tuh sebab rindu nak makan twisties terubat gak..
Kat Istanbul: Best sebab dapat solat kat masjid biru.. rasa tenang jek masa dapat solat kat situ.. walaupun sebenarnya nak wuduq takde tempat wuduq khas utk wanita.. semua open air ye tempat wuduq tapi itu tak patahkan semangat kami kat sana... Seronok dengar bunyi azan yang bersahut2 setelah 3 tahun duk negara mat saleh yang jarang sangat dapat dengar azan.. Dapat juga ke Hagia Sofia, gereja yang di tukar kepada Masjid dan kini dah jadi muzium.. kat sini kalau bawak budak-budak.. orang2 turki nie suka peluk dan cium budak2 nie.. diorg memang suka budak-budak.. anak-anak kawan aku puaslah kena cubit.. kena cium.. kena peluk dan ada masa juga bila masuk kedai diorg dapat hadiah atau gift tuan kedai tuh bagi..
Kat Spain-Andalusia: Dapat lihat sendiri tinggalan Sejarah islam kat istana Al-Hambra, lihat kalimah Allah yang masih kekal kat dinding istana tuh.. dan lihat sendiri masjid cordoba yang telah ditukar sebagai gereja. Bila ke Spain. orang kat sana bila tengok kita.. mereka automatik akan cakap spain dengan kita sebab diorg tengok kulit kita macam diorg jek.. so diorg bantai cakap spain hahahaha... Aku duk angguk2 jelah.. Teringat masa kat Cordoba.. ada sorang pakcik nie.. dia tolong kami adjust parking... bersungguh tolong kami masuk parking tuh walaupun sebenarnya kawan aku tuh terer jek parking.. so lepas tuh pakcik tuh tunggu jek.. aku sound kat kawan aku.. kena bagi duit nie.. Alah sama jek cam style parking kat mesia.. tapi pakcik tuh ramah sungguh.. siap tunjuk kat kami gambar anak-anak dia.. sebab masa tuh kawan aku ada 2 orang anak kecik.. so kitaorg borak cam ayam itik.. dia cakap spain kitaorg cakap english... aku sempat gak sound kat kwn aku.. mehlah kita cakap melayu bukan dia faham pun hahahaha...
Yang best lagi sekitar bandar-bandar spain nie banyak buah limau oren... Merata bandar banyak pokok oren nie dan seronok jek tengok..
Pokok limau oren di Cordoba
Kitaorg sempatlah tanya orang kat situ.. boleh ke makan limau nie.. sebab geram jek tengok macam sedap jek.. diorg cakap tak boleh sebab buah tuh terlalu masam.. hanya kuda jek yang makan.. atau diorang proses limau nie buat jem 'marmalade'. Kawan aku penahlah ambik sebijik dan cuba makan.. Dia pun cakap.. memang masam giler.. Akhirnya limau tuh kita org buat perencah masak sambal hahahah takde limau nipis.. limau oren pun jadiklah ;)
Masa kat Barcelona pulak; Ada seorang makcik nie.. bertudung cukup baik hati tunjukkan kami jalan ke kedai halal kat situ.. bersungguh nie bawak kami pergi sana.. Alhamdullilah ada orang yang cukup baik hati.. lepas tuh dah makan kat kedai pakistan tuh.. adik waiter tuh berkali2 pesan kat kami berhati2 dengan beg tangan sebab banyak pencopet kat sana.. Lepas tuh kami ke masjid kat sana.. Mulanya takde tempat solat untuk wanita.. tapi sorang jejaka muda nie baik hati.. bawak kami naik ke tingkat atas masjid tuh (merupakan deretan kedai-kedai yang dicantum buat masjid) dan seluruh ruang atas masjid tuh hanya kami jek untuk solat..
12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
Masa trip ke Brussel-Amsterdam-Frankfurt, aku demam panas urat.. hari pertama aku boleh bangun jalan-jalan lagik.. masuk hari kedua.. aku flat.. terus takleh bangun.. nasib masa tuh sewa keta.. so memang aku ye kerja masa tuh duduk dan tidur dalam kereta jek.. memang kenangan tak leh lupa lah.. sebab demam aku memang teruk sangat masa tuh sampai belakang aku rasa urat bagai ditarik-tarik nak putus.. Puas jugalah makan ubat yang dibeli.. akhirnya bila balik Glasgow.. aku makan panadol soluable dan antibiotik.. petang tuh terus kebah demam aku huhuhuh... Pengajaran ler masa tuh.. kalau travel memang aku akan bawak siap2 segala mak nenek ubat dan minyak2.. senang kalau sakit takde payah nak cari ubat..
Masa trip ke Italy pulak : Van sewa yang aku naik ditahan seorang yang mengaku sebagai polis perisik.. Aku pun tak tahulah apa motif dia tahan kereta kami.. cuma dia syak.. kami bawak duit palsu Euro.. begang juga masa tuh sebab dengan selamba jek dia ambik beg duit aku.. dan check bape banyak duit Euro yang kami ada... Aku masa tuh siap sound.. "
Eh ingat kami nie penipu ke?? kami pelancung dan saya bertudung.. Saya seorang Muslim.. takkanlah nak buat benda bukan-bukan" Polis tuh cakap.. dia hanya jalankan tugas.. jalankan tugas mende ye.. ada ke kita tengah jalan kat Hiway.. dia boleh suruh kita berhenti kat satu tempat hanya sebab syak kami bawak duit palsu.. ada ke logik camtu.. Masa tuh rasa angin jugalah sebab rasa kami tak buat benda salah dan tak patut ditahan camtu.. Dahlah masa tuh anak kawan aku tengah meraung-meraung menangis.. mak bapak dia tengah susah hati nak pujuk anak.. tambah kena tahan camtu.. memang rasa stress giler.. nasib dia blah cepat2 jek masa tuh.. Bila ingat balik peristiwa tuh rasa geram pun ada...
Pengalaman hardcore semasa travel ke luar negara kali pertama :
Aku sampai ke UK sebulan selepas peristiwa 11 September.. meaning aku sampai ke lapangan terbang Heatrow London pada 11 Oktober 2001. Ketika itu airport baru dibuka 2 minggu.. Ketika ini islamicphobia cukup tinggi.. Ketika aku awal2 lagi di lapangan KLIA dan ramai suadara mara yang risau akan perjalanan kami berdua.. terutama mak.. sebab waktu itu USA tengah kecoh sangat2.. tapi sebab ketika itu kuliah pun dah mula seminggu aku memang dah tak boleh delay lagi perjalanan aku sebab tak naklah tinggal kuliah kan.. Udahlah kali pertama study oversea.. nak cari rumah nak settle down lagik.. Sampai airport Heathrow memang pandangan org terutama pada aku yang bertudung memang lain sangat2.. ada yang pandang semacam.. ada yang bila kita beratur belakang dia pun rasa macam tak suka jek.. Bayangkan masa tuh itulah 1st time aku travel keluar dari malaysia.. dan 1st juga naik kapal terbang.. 1st time untuk semua proses.. masa tuh memang tawakal jelah.. sampai London.. Kami terlepas flight ke Edinburgh sebab masa tuh kena get thru imigresen lama sikit yelah lepas peristiwa 11sept mmg security ketat.. masa tuh visa on arrival-VOA lagik.. maknanya imigresen terus bagi chop untuk tinggal berapa lama kat UK.. macam sekarang nie kalau u nak duduk lama kat UK atas sebab study atau bekerja.. visa kena buat di kedutaan UK kat mesia.. hanya kalau kita travel atas sebab melancong jek kita dapat VOA untuk 6 bulan.. Nasib kami baik sebab flight kemudiannya tunggu pun tak lama..
Pengalaman tidur kat airport 2 kali... 1st masa flight ke Paris kali pertama.. Sebab kami tinggal kat Edinburgh.. Filght murah ke Paris masa tuh adalah kat Prestwick Glasgow.. Masa tuh flight ke Paris awal pagi pkl 7pg.. So kami decide nak tidur jek kat airport tuh malam tuh memandangkan kami nak travel ke Glasgow dari Edinburgh ambil masa sejam.. Aku pula masa tuh tersilap tengok lapangan terbang.. rupanya ada 2 lapangan terbang kat Glasgow.. aku mulanya ingat lapangan terbang kami tuh yang international rupanya lapangan terbang tambang murah.. lokasi lain.. Masa sampai kat Glasgow tuh dari Edinburgh.. kami dapati takde bas yang pergi sana.. sebab masa tuh check ada bas dari Buchanan bus station ke airport.. memanglah kalau international airport tuh 24jam ada bas... bila sedar takde bus.. kami terpaksalah ambik teksi.. terpaksalah byr mahal sebab dah sampai pkl 12malam.. sampai jek airport prestwick dia tutup lak tuh.. udahlah masa tuh sejuk beku... Nasib masa tuh ada 2 guys yang sampai sama kami.. dan terjumpa security guard.. dia buka pintu airport tuh dan dapatlah kami tidur kat kusi airport tuh sampai pagi.. dan pagi tuh dapatlah fly terus ke Paris..
2nd time tidur kat airport..
Ini pengalaman paling mahal.. paling sadis.. dan paling menakutkan...
Ini terjadi sebab aku nak balik Malaysia masa dah habis study.. Ketika itu beza timing flight dari Edinburgh ke London dan London-KLIA hanya ada 2 jam jek.. Kebetulan masa tuh flight dari Edinburgh delay.. kami sampai ke London dah tinggal 1 jam jek lagi.. sebab kami dah check in kat Edinburgh.. ingat bila sampaai London tak perlu dah nak checkin.. kami terus jek pergi boarding gate.. sampai-sampai jek.. officer tuh kata tak leh boarding sebab kami tak check-in.. Masa tuh rasa nak mengamuk jugalah.. officer tuh marah-marah aku.. aku cakap aku baru sampai jek dari Edinburgh.. dia ingat aku tipu.. dia siap cakap 'Don't lie I can check the flight time" pehhhh macam bagus jek.. Terus aku sound "Well go ahead.. check it now" terus terdiam officer tuh.. memang kerek lah.. Masa tuh dia kata dia boleh book seat untuk sorang jek.. naik bussiness class.. Aku cakap dengan officer tuh.. giler apa.. Takkan aku nak tinggalkan suami aku sorang2 kat London pastu aku terbang balik.. pastu takkan juga suami aku nak tinggalkan aku sorang2 kat London dia lak balik mesia sorang2.. Last2 officer tuh kata.. xpelah dia arrange accomodation untuk aku dan suami dan esok aku check-in semula untuk flight ke KLIA paginya..
Ok dahlah masa tuh aku kat terminal departure.. nak p pulak terminal arrival tuh macam bangunan sebelah.. punyalah jauh pusing jalan kaki.. sampai-sampai jek terminal arrival tuh.. kata officer tuh ada orang akan annouce nama kami untuk bawa ke hotel.. sampai-sampai jek takde orang.. takde annoucement... Entah darimana.. datang sorang mamat pakistan atau india.. dia kata dia staf MAS.. dia kata dia baru jek selesai bertugas.. sebab tuh dia tak pakai baju staff.. dia boleh tahu nama aku tuh.. dia cakap dia akan hantar aku dan suami ke hotel untuk penginapan malam tuh.. yang best tuh dia siap minta duit 100pound katanya nak booking dulu hotel tuh nanti esok aku boleh claim kat kaunter MAS... so kami nie jujurlah bagi.. sampai jek hotel dia.. terus suruh kami cepat2 check in hotel.. Yang best aku pun dengan confident ye.. pergilah hotel tuh tanya nama kami ada tak untuk booking.. puas orang tuh check nama aku.. takde dalam list.. Masa tuh aku dah confused.. kenapa takde.. Lepas tuh pakwe aku terus cakap dengan aku 'Na.. rasanya kita dah kena tipu nie' Aku masa tuh tensen sangat2.. dahlah malam tuh patutnya aku fly balik ke Malaysia.. tak dapat fly.. lepas tuh patut dapat duk hotel tak dapat gak.. pastu kena tipu lak 100pound lagik... Terus aku minta staff hotel tuh panggil teksi sebab aku nak pergi balik ke Heathrow airport.. Sampai jek airport kat terminal arrival.. Aku ternampak kereta polis.. Apa lagik.. dengan selambanya aku terus ketuk cermin sisi kereta polis tuh.. dan bagi tahu dia yang kami baru je kena tipu.. Apa lagi ceritalah dari A-Z... siap bawak polis tuh tempat kejadian.. siap pergi cari CCTV.. dah last sekali Polis tuh tanya nak tidur mana malam nie.. Kalau nak tidur hotel dia boleh hantarkan.. Aku cakap kami nak tidur kat airport jek.. Aku macam dah serik nak pergi balik hotel tuh...
So malam tuh aku tidur kat bangku tempat duduk airport heathrow lah hahahaha.. mengigil sejuklah sebab masa tuh dah musim autumn... Tapi memang pengalaman ler tidur kat bangku airport yang tersibuk kat dunia... Tak kisahlah kan.. Tapi kejadian itu memang jadi pengajaran.. Syukur masa mamat tuh bawak kami tuh berdua.. dibuatnya kalau masa tuh aku sorg2 jek.. ntah kemana pulak dia bawak aku kan.. yang pelik tuh dia boleh menyamar jadi staff MAS tuh.. Tapi aku syak mamat tuh maybe terdengar announcement nama kami.. dan maybe dia tgk takde org kat situ.. so bila nampak aku dan suami dia boleh agak annoucement tuh untuk kami.. dan bas yg patut bawak kami ke hotel dah terlepas.. so dia ambil kesempatan lah..
Sampai KLIA.. aku terus buat report pasal insiden nie kat pejabat MAS kat KLIA.. tapi diorg suruh aku ke ibupejabat dia kat KL.. Pergilah buat report.. Dapatlah compensation sebanyak 1000Euro.. memanglah kalau tengok duit tuh macam banyak... tapi pengalaman malam tuh scary tau.. Sampai sekarang aku xleh lupa kes kena tipu tuh.. Masih ingat lagi kata-kata polis tuh '
I can't believed people can actually do this thing'
Rasanya cukuplah pasal pengalaman pahit nie... Setidak-tidaknya pengalaman camnie buatkan kita lebih hati-hati kan.. So bila travel aku pun memang cukup berhati-hati dengan sesiapa yang aku jumpa.. baik officer ke tak officer ke.. sebab kadang2 'malang tidak berbau'
13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Ya.. asalkan murah.. dan paling utama 'halal'. tapi selalunya bila berjalan ke Europah kami lebih banyak mencuba manisan atau roti sahaja.. jarang sangat makan local food yang kita tak tahu jaminan halal.. kecuali kalau jumpa kedai halal tuh.. biasa makan nasi arab atau kebab.. Kalau takde kedai halal biasa kami order pizza vegetarian jelah..
14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaannya
Makan 'Balek Amek' iaitu roti dengan ikan bakar di Istanbul.. dia jual dari bot.. dan hulur kat kita dari bot tuh..
Memang famous food nie kat Istanbul.. tapi aku tak lalu makan ler.. kalau makan dengan nasi ok jek hehehehe.. bayangkan makan roti sosej tuh dengan inti ikan bakar.. camtulah lebih kurang.. Pakwe aku enjoy jek... Aku lak makan ikan tuh jek... roti tuh bg pakwe aku makan..
Kat istanbul makanan utama diorg adalah roti.. beras diorg lain dari beras kita dan pendek-pendek jek lebih kurang macam barli jek besar dia.. Kat sini.. byk org makan roti dgn salad atau salami.. Ada juga roti bagel macam gambar kat atas tuh yg bulat2 tuh..
Sarapan pagi kat Istanbul..
Makan roti keras
Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Dua-dua.. kalau aku travel dengan pakwe aku berdua jek.. Aku bawak backpack jek.. tapi kalau travel dengan family kekawan aku.. kena bawak troli beg sebab akan sangkut sekali 1 beg extra utk cabin sebab nak bawak periuk dan macam-macam makanan untuk perjalanan trip tuh.. So sebab aku perempuan ayu maka kenalah tarik beg troli hahaha... beg pack aku hanya akan guna bila travel solo dengan pakwe aku.. sebab tak banyak brg nak bawak.. kalau jalan dengan geng2 family.. senarai benda nak bwk mmg banyak terutama senarai makanan.. Ahaks ;)
16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan
Disebabkan aku malas nak ambik balik gambar beg aku tuh (aku kat ofis nie.. beg tuh kat umah).. Nie aku letak jek beg yang aku guna masa travel balik mesia hahahaha.... Janji ada gambar beg.. tapi biasanya beg coklat tuh adalah beg wajib aku travel kalau nak masuk cabin.. segala periuk nasi.. multicooker even kettle pun complete ada dalam beg tuh ;)
Beg pack kuning targus aku tuh.. biasa aku sering bawak juga masa travel sebab ada security poket.. dan sesuai sangat kalau aku kena bawak notebook aku.. negara yang pernah aku bawak.. masa ke Norway, Sweden & Copenhagen, Denmark dan Spain Andalusia.. lepas tuh mana-mana trip lain semua bawak beg troli sebab lebih banyak space dan senang nak bwk makanan atau periuk nasi.. kalau bagpack camna gaya nak bawak periuk nasi kan hehehe ;)
17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
Kamera & Handphone serta earphone, backup bateri serta charger untuk elektrik dan kereta serta plug soket europe (UK & europe guna plug lain)
Lotion, shower gel, perfume, make-up, berus gigi dan ubat-ubatan
Navigator berjenama Tom-Tom & Buku peta jalan Europe atau UK; Kalau sewa kereta atau travel berkereta dalam UK- amat berguna time kecemasan kot sesat navigator xleh pakai.. buku peta ada..
18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
Notebook
Kertas-kertas journal yang tak abis baca lagik (ahaks)-
ini maknanya aku xnak ingat langsung pasal study aku
Buku novel kegemaran aku:
skrg novel aku semua elektronik dalam hp aku jek
(Nampak sangat kalau boleh semua brg aku nak angkut sekali ahaks.. Terpaksalah bwk brg lebih sebab pakwe aku jenis simple giler.. so awek dia kena lah angkut benda2 yg penting)
19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Ambik gambar.. yang wajib dalam koleksi:
Gambar waktu senja kat sesuatu bandar tuh..
Gambar waktu matahari terbit kalau sempat bangun awal pagi..
Gambar pemandangan gunung-ganang atau view yg cantik
Gambar masa lalu kat hiway atau jalan-jalan kampung sebab aku suka capture bentuk muka bumi dan bentuk jalan kat situ
Gambar papan tanda jalan supaya aku ingat kat mana aku singgah
Gambar papan tanda bandar yang aku singgah
Gambar kedai-kedai souvenier supaya next time mana tau p.. leh singgah situ
Update blog?? Takde masa.. biasanya masa aku travel memang aku tutup terus connection aku dengan dunia internet.. Kecuali kalau aku travel dalam UK atau aku travel atas urusan kerja atau pergi conference.. Tapi kalau nama p bercuti.. Aku memang 100% bercuti tanpa ambik peduli pasal dunia internet malah nak check email pun malas ahaks..
Tulis poskad? Takde juga sebab geng2 travel sama dengan aku pun dari negara yang sama.. so selalunya aku beli jek poskad untuk kenangan2 jek
Bila aku travel.. kegemaran pakwe aku adalah ikut jalan kampung.. Dia cukup suka kalau lalu jalan2 camnie sebab dia nak tengok bentuk rumah orang dan macam bentuk muka bumi kat situ.. satu lagik dia juga suka ajak aku singgah market atau pasar kecil-kecil yang kitaorg jumpa sepanjang perjalanan kami.. sebab kat sini juga kita boleh lihat cara hidup diorg dan apa jenis makanan.. yang diorg makan.. dan jenis-jenis barang yang diorang jual.. Kalau makanan tuh macam buah atau sayuran biasanya kami akan teruja nak cuba lah.. kalau makanan tuh juga jenis pastri manisan.. macam donut ke.. roti ke.. pun kami rajin juga try.. asalkan rasa boleh makan dan tak mahal sangat..
Kalau route jalan tuh boleh melalui tasik.. sungai atau lautan.. biasanya kami akan pilih route yang camnie.. sebab boleh tengok pemandangan cantik dan ambil peluang berhenti ambil gambar.. pakwe aku tak berapa suka sangat jalan masuk bandar besar sebab biasanya sesak.. dan kena juga hati-hati sebab ada sesetengah bandar besar di Europe kita tak boleh sesuka hati bawak masuk kereta sebab kena bayar congestion charge.. so kena hati-hatilah dengan jalan yang kita masuk tuh.. selalunya sebelum travel sesebuah bandar.. terutama kalau kami berkereta, aku akan study dulu.. parking.. dan laluan berkereta dalam bandar tuh.. so biasanya aku awal2 dah plan mana nak parking atau bagaimana kita nak travel dalam bandar tuh..
20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
Aku takde malu-malu kucing nak bergambar.. cuma biasanya kalau travel gambar aku memang tak banyak sangat sebab aku lebih suka ambil gambar pemandangan atau architecture bangunan.. tapi mana tempat2 yang penting aku akan make sure ambil gambar kat situ.. Satu lagik kalau aku pergi travel dengan geng 4 family tuh.. confirmmmmmmmmmm.... mesti gambar aku banyak sebab semua geng2 aku ada kamera DSLR dan semua pakar ambil gambar.. so tak yah sesusah fikir nak bergambar sebab mesti aku kena paksa bergambar dengan diorg hahahaha ;)
21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah
Alahai... kena letak gambar muka sendiri ke??? Aku letak gambar yang pernah aku upload dalam blog nie jek ok.. Aku malas nak upload gbr baru sebab kena cari balik semua gbr2 tuh.. Gambar dalam nie semua travelling places that I have been.. either in or outside UK..
(gbr dalam nie mix ok.. ada yg solo dan ada yang ramai2.. tapi korang sure leh agak muka aku camna kan)
Gambar bergolek atas tasik beku masa snow turun lebat di Aviemore, Scotland
Snow lebat ;)
Ayu dalam beku ;)
Always cherish this moment ;)
Bersama kawan-kawan dari Thailand & Jepun,
Princess Garden, Edinburgh UK
Kawan baik aku; Kanako dari Jepun
View of Edinburgh Castle
Depan Edinburgh Castle bersama kawan dari Liverpool
Di lereng bukit berhampiran Istana Cardiff, Wales
Masa nie musim bunga, bunga daffodil kuning tengah kembang
Bersama kawan baik aku,
Riding flight on London Eye,
View of Big Ben London
Harrod, London
Tower Bridge, London
Isle of Skye, Scotland
Oslo, Norway
Copenhagen, Denmark
Gothenburg, Sweden
Di Gibraltar, ketika mendaki separuh The Rock
Istana Al-hambra, Granada
Colosseum Rome, Italy
Depan butik Prada, Milan Italy
Pisa, Italy
Vatican City waktu malam..
Salah satu pantai kat France..
With all my fav women in the family
Paris, France
Toulouse, France
Andorra
On the way to Barcelona
Barcelona, Spain
Istana Topkapi
Istana Dolmache
Masjid Biru
Melepak tunggu bas tour
Touring on sightseeing bus Istanbul
Tulip di Istana Dolmache
Tulip di taman Istana Topkapi
Dalam Istana Topkapi
Di Hagia Sophia
Istanbul, Turkey
Nampak aku tak malu-malu kucing kan hahahaha...
Cukup2lah gambar muka aku tuh kan ;)
Sebenarnya banyak lagi gbr aku masa travel tapi aku malas nak upload..
Fatt kalau ko nak tgk sila tgk dalam FB aku jelah ;)
22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Kalau travel tak beli souvenier rasa rugi.. paling tidak mesti beli Fridge Magnet, kalau ada budget lebih aku suka beli Mug dan T-shirt. Motif beli Mug?? sebab esok2 bila aku minum guna Mug tuh aku akan ingat negara yang pernah aku pergi tuh ;)
23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Biasanya untuk family beli macam T Shirt atau keychain. FM biasanya aku beli untuk kawan-kawan rapat atau sapa2 yg kirim jek..
24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
Tengok jugalah negara mana aku pergi tuh, kalau macam Spain, France biasanya aku suka beli Pashmina atau kain tutup leher yang menarik..
Istanbul : Aku mesti beli Pashmina, Sejadah dan juga lampu yang dibuat dari kaca warna-warni
Bila ke Venice atau Gibraltar: memang dah target nak beli kain lace untuk lapik meja ;)
Bila ke Belgium dan Switzerland : memang beli coklat sebab coklat dia memang terkenal..
Buku tentang negara tersebut atau buku tentang istana terkenal yang aku kunjungi di negara berkenaan. Aku memang suka mengumpul buku-buku sejarah.. Selalunya buku begini cukup istimewa bila kita beli di tempat yang kita kunjungi tuh.. Kadangkala aku juga suka beli buku tentang negara berkenaan yang sering dijumpai di kedai-kedai jual souvenier.. Pada aku selain beli souvenier.. membeli buku juga tidak rugi.. Aku memang suka sangat kumpul jenis buku-buku begini.. Membaca kan jambatan ilmu ;)
Aku suka simpan tiket, pamplet dan peta bas tour dan segala dokumen tentang tempat yang aku dah pergi tuh.. Senang bila nak pergi balik atau tengok balik benda2 tuh mesti teringat kenangan masa p sana kan ;)
Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)
Rasanya macam aku dah jawab je soalan nie dalam soalan-soalan kat atas tuh secara tak langsung jek...
Istanbul:
Merupakan satu-satunya bandar di dunia yang terletak di antara benua Eropah dan Benua Asia.. Bila ke Istanbul pun ada 2 kawasan iaitu kawasan belah Eropah dan belah Asia.. tempat-tempat bersejarah dan menarik terletak di belah Eropah.. Hampir semua orang yang ada kat bandar Istanbul adalah pelancong.. malah penduduk Istanbul pun ramai datang dari luar Istanbul merantau untuk bekerja kat bandar tuh.. Bandar nie sesak.. kalau naik kenderaan.. manjang jek dengar bunyi hon..
Bandar Istanbul, masa nie time orang balik kerja
Seronok kat sini sebab makanan kat sini semua halal... KFC, McDonald, Burger king semua halal hehehehe yelah duk UK mana nak rasa makan benda2 tuh.. Istanbul nie banyak masjid.. dan juga istana.. merata ceruk jalan mesti ada masjid atau surau.. Istana pun banyak... Tandas kat sini kalau masuk kena bayar hehehehe... Pastu kalau ke Bazaar dia.. kenalah tawar kalau beli barang sebab barang yang dia letak tuh sebenarnya 3 atau 4 kali ganda dari harga asal... So kena pandai-pandailah... Kalau nak tawar pastikan tawar lebih setengah dari harga asal.. kalau dia letak 30Lira.. tawarlah 10 lira pastu naik sikit2.. kadang2 dia tak bagi harga kita nak tuh.. tapi dia tanya kita balik bape kita nak.. masa tuh jawablah harga yang kita nak.. tapi make sure yg korang memang nak beli brg tuh.. kalau main-main nak tawar jek.. memang kena marahlah.. selalunya kalau aku tawar mmg aku tetap dengan harga yang aku nak.. kdg2 diorg macam begang siap tanya bape harga yang aku nak... dan aku cakap aku nak harga tuh.. selalunya dapatlah tapi itu pun lepas bertekak dan puas tawar menawar sakan.. Selalunya aku akan tanya kawan-kawan aku dulu.. sure nie nak benda nie then aku akan proceed tawar menawar pada harga yang aku nak tuh hahahaha... biasa dapatlah.. ;)
Satu lagi org turki suka dengan orang Malaysia.. kalau masuk jek Bazaar tuh.. mesti diorang akan tanya.. From Malaysia?? lepas tuh apa lagik diorg mula lah tayang brg masing2 suruh kita beli.. Aku suspek mesti dah ramai org malaysia yang datang kat bazaar tuh memborong.. sebab tuh pelancong Malaysia nie cam terkenal jek.. lagik satu untuk pengetahuan.. Masa kami turun di istanbul kami turun di Airport Sabihah Gochen (belah benua Asia) yang merupakan di bawah seliaan anak syarikat Malaysia.. sebab itu kira Malaysia nie glemer ler juga kat Turki nie ;)
Kat sini juga terkenal dengan kain tenunan.. yang kita boleh lihat dari kasut, beg, kain dan juga karpet.. Selain itu juga hasil buatan dari barangan kaca macam teko dan cawan, lampu, pasu bunga pun terkenal juga. Tak ketinggalan juga sesiapa ke Istanbul jangan lupa beli teh epal dan juga baklawa yang pelbagai jenis.. ada yang dalam kotak.. dan juga ada yang ditimbang.. Boleh rasa dan pilih mana yang kita suka.. Bila ada kat istanbul jangan lupa ambil peluang rasa 'balek amek' atau roti ikan bakar.. dan juga kalau sesiapa yang perut kena makan nasi.. boleh cuba makan nasi dia yang pendek2 macam barli tuh.. Selain itu jangan lepaskan peluang naik bot menyusuri selat Bophorus.. Memang macam-macam bentuk bangunan, masjid dan istana kita akan nampak sepanjang sungai tuh.. Kalau nak naik bot (area Sirkeci) yang murah jangan ambil syarikat bot yang mula-mula tuh sampai.. jalan kaki ke belakang sikit.. Bot area tuh naik murah jek...
Juga jangan lepaskan peluang solat dalam masjid Biru yang terkenal tuh..
Memang satu perasaan lain bila dapat solat dalam nie
Dalam istana Topkapi ada 1 section pameran yang mempamerkan barang-barangan peribadi kepunyaan nabi dan rasul... Macam bekas tapak kaki Nabi Ibrahim, Tongkat Nabi Musa, Janggut Rasullulah s.a.w dan macam-macam lagi lah.. Dalam tuh juga ada orang yang akan baca Al-Quran sepanjang hari tempat pameran itu dibuka. Biasanya Istana nie memang banyak rombongan yang datang terutama rombongan sekolah budak-budak.. masa nak tengok setiap barang pameran tuh tak leh lelama sangat sebab queue memang panjang giler.. Tapi memang puas hatilah kalau dapat masuk tengok dalam nie..
Spain- Andalusia:
Andalusia merupakan kawasan kedua besar di sepanyol yang dibahagi kepada 8 wilayah iaitu Huelva, Seville, Cádiz, Córdoba, Málaga, Jaén, Granada dan Almería. Aku sempat ke Seville, Malaga, Cordoba, Granada dan Almeria. Kenapa Andalusia nie istimewa.. sebab kalau kita baca sejarah.. kita tahu yang suatu ketika dulu daerah Andalusia nie merupakan sebahagian daripada tanah jajahan Bani Al-Ahmar. Di Granada juga menyaksikan kejatuhan kerajaan islam di sepanyol dalam perang salib yang menyebabkan ribuan dan jutaan umat islam di Granada dibunuh secara kejam secara beramai-ramai atas tipu muslihat tentera kristian di bawah pemerintahan Raja Ferdinad dan Ratu Isabella ketika itu. Bolehlah cari kisah sejarah Islam di Sepanyol pasti korang akan rasa sedih dan taksub dengan kejadian pembunuhan ini. Andalusia merupakan salah satu negara yang sering menjadi features utama dalam rancangan jejak rasul.. So bila berkesempatan ke sini sedikit sebanyak kita dapat menjejak kisah silam dan tinggalan sejarah itu..
Yang paling nyata adalah tulisan kalimah Allah pada Istana Al-Hambra di Granada..
Pada aku bentuk muka bumi dan bentuk bangunan serta cara hidup rakyat sepanyol malahan cara diorang memandu tak jauh beza dengan Malaysia.. banyak ciri-ciri rumah diorang yang membuatkan aku terkenang jenis rumah-rumah cina kat kampung aku hahahaha.. Malah.. hiway dan lebuh raya diorang pun macam hiway kita juga.. cuma bezanya pemanduan adalah sebelah kiri... Selain itu.. kedai-kedai.. perangai dan sikap mereka sebenarnya banyak juga sinonim dengan sikap orang2 kita.. Sebab itu bila ke sana aku tak rasa janggal sangat.. Aku tak tahu orang lain.. tapi pada aku.. 2 kali trip aku ke Spain.. Andalusia & Barcelona.. kedua trip nie.. cukup buatkan aku happy masa ke sana.. Cuma perbezaan bahasa wujud cuma pada aku bahasa spain nie taklah susah sangat nak belajar sebab sebutan dia ada ala-ala melayu gak sikit ;)
Satu lagi sekitar Andalusia terutama sepanjang perjalanan dari Malaga ke Gibraltar melalui wilayah Sevilla.. kita akan nampak lautan yang luas terbentang.. Laluan pun banyak ikut tepi-tepi laut jek.. sebab itu rakyat british mereka suka ke Spain bila ada pantai dan laut.. diorang suka sun bathing kat sini... Ramai kawan-kawan Scottish aku pasti akan memilih bercuti di Spain pada musim panas sebab nak menikmati matahari dan lari jauh dari suhu sejuk hujan di Scotland..
Makanan di Spain terkenal dengan Paella iaitu nasi yang dimasak bersama seafood dan daging.. alah-alah macam style nasi goreng kita cuma bezanya diorg masak dulu seafood dan daging last sekali baru masuk beras..
Menurut wikipedia :
There are three widely known types of paella: Valencian paella (Spanish: paella valenciana), seafood paella (Spanish: paella de marisco) and mixed paella (Spanish: paella mixta), but there are many others as well. Valencian paella consists of white rice, green vegetables, meat (rabbit, chicken, duck), land snails, beans and seasoning. Seafood paella replaces meat and snails with seafood and omits beans and green vegetables. Mixed paella is a free-style combination of meat, seafood, vegetables, and sometimes beans. Most paella chefs use calasparra or bomba rices for this dish. Other key ingredients include saffron and olive oil.
Ketika aku ke Spain.. tak berkesempatan nak try makanan nie sebab masa trip tuh 100% makanan memang kami masak sendiri sebab sewa rumah yang lengkap dengan dapur masak.. Lagipun kadangkala kena hati-hati juga sebab ada Paella yang dimasak bersama dengan wine.. Tuh yang rasa macam tak confident nak makan... ;)
Andorra : Negara atas gunung terletak di sempadan Spain dan France
Negara nie aku rasa tak ramai orang yang tahu kewujudannya hanya mereka yang tinggal berhampiran dengan Spain dan France tahu negara ini wujud. Aku pun tahu sebab ikut trip kawan aku ke Toulouse, France sebab dia nak menjejaki tempat dia belajar masa buat master dulu.. Masa tuh dia ambil kursus Aerospace di sana. Biasanya rakyat Malaysia yang dihantar belajar di Toulouse adalah merupakan mereka yang ambil kursus kejuruteraan angkasa atau terdiri dari kakitangan TUDM..
Apa yang istimewa ye Andorra nie?? Andorra ini merupakan negara bebas cukai.. Meaning kalau beli barang kat sini memang murah dan kebanyakan barangan dibawa masuk dari Spain.. Bahasa percakapan adalah Catalan.. tapi rakyatnya kebanyakannya cenderung berbahasa Spain.
Andorra juga terkenal tempat ski pada musim winter kerana bentuk muka buminya yang bergunung ganang.. Bila masuk musim winter kebanyakan kawasan ski kat sini penuh dengan pelancong dan banyak tempat-tempat penginapan bercirikan rumah disediakan...
Kat sini lembu kambing masih pakai loceng kat leher
Perjalanan ke negara ini dari France menyaksikan kita akan ikut laluan berbukit-bukit.. meaning makin lama makin tinggi jalan yang kita naiki... Masa tuh tengok dari atas jalan macam sayup-sayup jek gaung dan jurang yang ada.. Apa pun kami enjoy kat sini sebab banyak barangan makanan memang murah giler.. air mineral 2 liter pun dia jual hanya 17sen jek.. kalau kat UK confirm jual £1lebih.. Kat sini juga ramai orang suka beli belah macam barangan elektronik pun dijual murah.. Rasa terkilan sikit masa ke sini aku tak beli jam Swatch sebab masa tuh rasa macam tak nak beli.. Bila aku ke Switzerland baru teringat pasal jam nie... dan aku sempat jugalah beli 1 jam Swatch masa ke Interlaken dulu... Negara nie pun antara senarai negara yang aku teringin nak pergi sekali lagik hehehehe... Aku suka bentuk muka bumi dia yang nyaman.. tenang dan sejuk... Masa kat sini rasa ada persamaan dengan Switzerland gak...
Cuma bila kita turun dari Andorra memasuki negara Spain, ada stesen kastam.. So kena berhenti kereta dan bagi kastam check barangan yang kita bawa.. Kalau turun ke France tak silap aku takde pos kastam nie.. Hanya ada di sebelah Spain.. Kebetulan masa tuh kami nak ke Barcelona dari Andorra.. so kami merentasi sempadan negara France Spain sejauh lebih 200lebih km.. hampir 4 jam perjalanan.. dan perjalanan pulang pulak.. dari Barcelona ke Toulouse France yang lebih 500km.. mengambil masa yang sepatutnya 6jam lebih tapi sebab kawan kami sesat barat perjalanan dah jadi 12jam.. bertolak pukul 6 petang dari barcelona.. kami sampai Toulouse dekat pukul 7 pagi keesokkan harinya.. bayangkan malam-malam buta tuh kami jalan merentasi pergunungan perancis spain.. sampai kereta polis yang tahan kereta kawan aku pun terkejut bila dia beritahu yang kami dalam perjalanan ke Toulouse.. hehehehe... memang kerja giler... Tapi apa pun.. itu sentiasa menjadi kenangan manis pada kami tiap kali kami jalan jauh.. Kalau aku berjalan dengan kawan aku tuh.. mesti aku akan sebut.. "A
palah sangat drive 3 4 jam.. kita kan pernah drive lebih 12jam masa di barcelona dulu"
26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel
Saya berangan untuk ke travel beberapa negara besar dunia.. Aku juga teringin untuk tinggal dan bekerja di beberapa negara utama dunia terutama di Jepun dan USA.. Nak merasa naik subway kat New York.. dan tengok corak kehidupan rakyat dia pulak.. Selalu tengok dalam TV jek.. Selain itu sebab aku nak ke New York adalah untuk merealisasikan impian pakwe aku yang pengemar rokok 'Dunhill' dulu-dulu kat kotak rokok tuh ada tulis London-Paris-New York.. so London dan Paris dan pergi.. so now tinggal nak pergi New York pulak ;)
Disebabkan aku peminat buku cerita vampire (hahahaha sila gelak) seperti Twilight Saga yang berlatar belakangkan Forks di Washington.. dan Trueblood-Sookie Stackhouse Novel- Southern Vampire Mysteries yang berlatar belakangkan Bon Temps Louisina dan New Orlean, maka sudah tentu 2 tempat nie antara tempat yang aku nak singgah hehehehe.. Eh.. Vampire Diaries pun kat US gak kan hehehehe ;)..
InsyAllah jika ada kelebihan rezeki.. Jika dah pencen esok selain dari pergi buat umrah dan haji di Mekah.. Aku juga teringin untuk berkembara ke India, China, Jepun, USA, Canada dan South Africa..
Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)
Chop visa yang ada kat atas itu adalah :
Huruf S bulat tuh : Visa masa ke Sweden masuk melalui Gothenburg dan dari Gothenburg kami drive terus ke Oslo Norway. Spend sehari kat Oslo, kami drive balik ke Gothenburg dan esoknya kami drive pulak ke Denmark Copenhagen.. spend 1 hari kat Copenhagen dan petang tuh drive balik ke Gothenburg dan esoknya kami terbang balik ke Prestwrick, Glasgow. Negara Scandinavia nie merupakan antara negara yang mempunyai kos kehidupan yang tinggi.. Seronok dapat pergi 3 negara Scandinavia dalam masa 3 hari.. Memang bestlah..
Yang chop bulat berwarna merah dan hitam sebelah nyebelah itu adalah chop masuk ke Istanbul melalui lapangan terbang Sabihah Gochen.. Aku dah story pasal Istanbul kat atas.. so malas nak repeat balik cerita yang sama..
Chop yang segiempat sebelah chop segiempat 4 oct 2009 tuh adalah chop masuk ke Rodez, France masa trip kami nak ke Toulouse... Ada gak story kat atas pasal trip nie.. Masa nie trip kami dari Rodez-Toulouse-Andorra-Barcelona-Toulouse-Carcasonne-Rodez
Chop visa kat atas nie pulak adalah :
Yang tulis Geneve itu adalah chop masuk ke Switzerland melalui Geneva.. tarikh masuk 7.10.09 keluar 14.10.09 Trip nie adalah trip menjelajahi Italy-Switzerland. Bermula dari Geneva kami ke Pisa-Florence-Rome-Milan-Venice-Lauterbrunen-Interlaken-Bern-Laussanne-Geneva. Detail padal trip nie aku ada cite dalam blog nie.. P cari balik jelah entri lepas2 aku dah malas nak taip ;)
Chop bertulis Gosselies itu adalah trip ke Belgium. Kami merentasi 3 negara gak masa trip nie. Brussels-Antwerpen- Vollendam-Amsterdam-Frankfurt-Luxembourg-Brussels.. Masa trip nie aku demam.. memang tak leh nak concentrate jalan sangat.. Yang aku masih segar bugar masa jalan kat Vollendam dan Amsterdam.. masa kat Luxembourg aku dah collapse takleh bangun.. Brussel dan antwerpen pun masih gagah gak.. Masuk jek Frankfurt singgah makan kat kedai siam.. makan bihun tomyam pun rasa kelat dan pahit huhuhu.. tensen jek ingat balik.. huhuhu.. trip yang paling tak best dalam sejarah travel.. tapi aku pun takdelah rasa nak p sana balik hahahaha.. cukuplah kot sekali ;)
Chop bertulisan Beauvais tuh masuk ke Paris, France. Yang itu masa bawak mak aku pergi Paris memang puas hati sangat2. Aku book duk kat apartment yang lengkap dengan dapur masak.. so hari2 boleh masak.. takkan aku nak bawak mak aku duk hostel pulak kan... kang jadi anak derhaka.. Haruslah aku beri sikit keselesaan pada mak aku.. kalau takat aku dan pakwe.. duk hostel pun takde hal... Trip nie memang kira aku pulun sakan bawak mak aku jalan sampai kaki dia sakit.. hehehehe.. so sebagai anak yang baik.. balik dari jalan tuh aku urutlah kaki mak aku.. dan tak bagi dia pegang periuk kuali pun semua aku buat... Trip nie aku enjoy giler sebab aku dapat share pengalaman jalan-jalan aku dengan mak aku ;)
Ok cukuplah jawapan soalan nie.. Menaip jawapan nie dari semalam lagik.. hari nie baru siap.. memandangkan tarikh tutup 13hb Nov pkl 8.00malam waktu mesia... Yang cukup tak adil sebab dia bagi kat aku start 10hb hahahaha... Patut dateline kena ikut masa aku kat sini gaklah kan kan..
Untuk sesiapa yang rasa nak jadikan ini karangan SPM silakan... Rasanya ini dah jadi karangan tahap thesis degree dah nie ;)
Untuk pengetahuan.. Aku dah stop travel tahun nie sebab nak concentrate siapkan kerja study dan thesis.. so takde fikir nak travel luar dari UK.. Masih travel dekat-dekat jek yang mana boleh balik hari... InsyAllah.. Balik mesia tahun depan.. Aku nak pulun travel 1 Malaysia dan juga negara-negara Asia pulak.. ;)