•Friday, October 16, 2009
Sebenarnya impian untuk ke Switzerland sudah lama menjadi hasrat dan impianku. Rasanya ketika aku ke UK 9 tahun yang lalu semasa mengikuti program MSc di Edinburgh.. Impian itu sudah ada.. cuma kerana kekangan masa & kewangan (elaun ketika itu masih elaun lama yang hanya cukup-cukup makan), aku hanya berpeluang ke kota cinta Paris.. itu pun kerana cik abang yang teringin sangat mahu ke sana.. katanya.. 'Sejak kecik lagi abang dah tengok filem an evening in paris.. so kita kena pergi Paris lah..' Dipendekkan cerita.. akhirnya kami ke sana selama 4 hari.. merayau.. berjalan.. ke kota cinta.. Semenjak kembali ke sini hampir 3 tahun yang lalu.. entah mengapa kota cinta itu.. serasa tidak ada hajat mahu ke sana lagi.. entahlah.. mungkin kerana sudah puas meronda kota cinta itu suatu ketika dulu.. hampir lenguh kaki melangkah menjejaki tempat-tempat menarik sekitar kota itu.. kini.. hati pula berkata.. lebih baik pergi ke tempat lain yang belum pernah lagi dijejaki.. lebih bermakna dan luas pandangan..

Akhirnya kembara ke Switzerland dirancang.. sebenarnya kembara Italy itu turut dimasukkan ke dalam agenda kerana 2 negara itu berdekatan sebenarnya.. apatah lagi.. di Italy sendiri punya banyak bandar-bandar yang cukup menarik.. Pisa, Florence, Rome, Venice dan Milan.. 5 kota istimewa kami jejaki.. dan kami nikmati rekabentuk bangunan dan cerita ceriti di sebalik kota-kota itu.. 4 hari 3 malam terakhir kembara, kami habiskan di negara Switzerland.. Bermula dari kota Geneva kami mengelilingi negara Italy.. dan dari kota Milan pada hari yang ke 5, kami menuju ke pekan kecil bernama Lauterbrunen.. dimana terletaknya gunung Jungrau.. dari Lauterbrunen kami ke Interlaken, Bern, Lausanne dan akhirnya kembali ke Geneva untuk perjalanan balik ke Glasgow.. cukuplah kembara 8 hari dan 7 malam itu.. ia merupakan kembara yang paling lama dalam kebanyakan kembara yang pernah kami lalui.. cukup menyeronokkan.. cukup indah.. cukup mempersonakan.. Andai mata mampu mengulang tayang semua yang telah dilihat.. pastinya mahu sahaja aku pamerkan buat tontonan semua yang ada..



Penerbangan kami ke Geneva adalah dari lapangan terbang Edinburgh.. Bermula pukul 5.30 pagi kami sudah bertolak dari Glasgow ke Edinburgh menaiki kereta sendiri.. Kembali teringatkan kenangan lama hampir 9 tahun yang lalu.. di lapangan itulah buat pertama kalinya menyaksikan aku menjejakkan kaki ke bumi UK.. dan di lapangan terbang yang sama jugalah.. menyaksikan aku meninggalkan bumi UK dengan segulung ijazah sarjana Interaktif Multimedia.. Banyak nostalgia di situ.. serasanya.. kenangan 9 tahun yang lalu itu seolah tidak pernah luput dari ingatan.. kini aku kembali menjejaki bumi UK ini.. tapi di bandar yang berbeza.. masih wilayah yang sama.. wilayah Scotland.. kenapa?? Yang pasti aku sudah lama jatuh cinta dengan wilayah itu..

Penerbangan dari Edinburgh ke Geneva mengambil masa 2 jam 5 minit. Tidak lama berada di perut kapal terbang Easyjet. Selesai meminum secawan kopi cappucino.. mata mula dilelapkan seketika.. tidak lama kemudian kedengaran pengumuman dari ketua pramugari bersiap sedia untuk mendarat di lapangan antarabangsa Geneva.. Dari cermin tingkap sisi kelihatan tasik Leman (Lake Leman adalah tasik yang mengelilingi bandar Geneva) mengucapkan selamat datang kepada kami.. bot-bot kecil kelihatan di tepian tasik itu.. keindahan lautan gunung ganang turut menyajikan satu rasa yang cukup menyejukkan.. Hati mula berbunga riang dan kaki juga mula tidak sabar menjejaki bumi Switzerland..

Pendaratan kapal terbang berjalan dengan lancar sekali.. tidak ada gegaran dan dentuman kuat tayar berlanggar dengan jalanan lapangan terbang itu.. hebat sekali pilot itu membuat pendaratan.. sepanjang aku naik turun kapal terbang di kebanyakan negara yang pernah aku jejaki.. pelbagai riaksi dan cara si pilot itu mendaratkan kapal terbangnya.. yang sebaik cara tadi boleh sangat dibilang dengan jari..

Turun sahaja dari tangga kapal terbang, kami terus dibawa menaiki bas yang sedia menunggu kami.. Kami dibawa ke pintu ketibaan.. dan terus ke kauter imirgresen.. Amat mudah sekali urusan semakan visa dan pasport kami.. Tidak ada sesi soal jawab yang banyak.. tengok muka setiap kami.. selak-selak pasport.. semak butiran pasport.. dan cop masuk negara switzerland tertera di buku pasport kami.. Lega kerana urusan imigresen berjalan dengan mudah.. Tidak seperti semasa ke Spain, Sweden & Brussels.. Agak banyak juga sesi soal jawabnya.. tapi masih mampu dijawab dengan baik dan lancar..

Seperti biasa, setiap kali kami pergi mengembara.. pastinya kami akan memilih untuk menyewa kereta bila sahaja kami mendarat di negara itu.. Hanya semasa ke Istanbul sahaja kami putuskan untuk tidak menyewa kereta kerana sudah kami rancang untuk berjalan di sekitar bandar Istanbul sahaja.. Tetapi hampir kebanyakan negara lain yang pernah kami pergi.. pastinya menyewa kereta adalah pilihan utama kami.. Bukan apa lebih mudah dan selesa.. apatah lagi lebih jimat belanja dan mudah untuk kami rancang masa perjalanan kami berbanding jika menggunakan kemudahan awam.. yang terhad dan perlu ikut jadual masa tertentu..

Agak lama juga kami menunggu urusan kereta sewa berkenaan kerana kereta itu sedang dibersihkan.. sempatlah kami makan tengahari dengan sosej wrap yang dibawa dari rumah.. Perut sudah cukup kenyang terisi.. Bekalan nasi goreng kampung juga masih ada di dalam beg.. Semuanya telah disiapkan lebih awal.. ikan bilis goreng.. sambal goreng.. ayam goreng.. semua dibawa dari Glasgow.. dan selama 8 hari kembara Alhamdullilah kami tidak putus makanan.. Setiap hari pelbagai juadah yang kami nikmati.. Pastinya nasi dan lauk pauk yang serba sederhana..

Bersambung...

This entry was posted on Friday, October 16, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 Pengembara:

On 12 April 2018 at 09:26 , stenote said...

Itali memang indah. Baca juga artikel di http://stenote-berkata.blogspot.hk/2018/04/florence-di-piazza-del-duomo_11.html
Lihat video di Youtube di https://youtu.be/OVEs_zYK_FQ

 
Related Posts with Thumbnails