•Monday, June 28, 2010
Aku pertama kali ke kota Paris pada bulan Oktober 2002 selama 3 hari 2 malam.. Sejak dari itu aku tidak pernah teringin untuk menjejakkan kaki ke sana sepanjang tahun kembara aku 2009 (tahun untuk aku berjalan ke negara-negara eropah).. Mungkin rezeki aku ke sana bersama mak... Alhamdullilah aku dapat juga membawa mak mengelilingi kota terkenal dunia itu..

Kami tiba hampir pukul 7 petang di lapangan terbang Beauvais iaitu hampir 1 jam dari kota Paris. Mengenangkan jika mahu ke central Paris perlu menaiki bas selama 1 jam 30 minit.. Aku terlebih dahulu telah merancang untuk menyewa sebuah kereta sebagai pengangkutan kami selama 4 hari 3 malam itu..

Seperti biasa pemandu kami yang sudah mahir memandu di sebelah kiri.. (lebih 5 kali kot memandu sebelah kiri nie).. Kami mula bertolak ke apartment (City Residence) penginapan kami di Zon 4 di Bry-Sur-Marne selama 1 jam 20 minit.


Tiba di Bandar Paris menjelang senja.. Hujan renyai-renyai ketika ini..

Apartment City Residence yang cukup selesa.. Yang lengkap dengan semua kemudahan asas yang cukup.


Kami tiba di apartmen ini menghampiri pukul 9 malam. Aku terlupa pejabat penginapan ini tutup pada pukul 8 malam dan aku perlu hubungi pejabat berkenaan seandainya kami tiba lewat dari waktu itu. Ketika kami tiba, pejabat telah pun ditutup dan perlu menghubungi nombor telefon sebuah syarikat keselamatan untuk mendapatkan kod access untuk masuk ke bangunan itu. Kebetulan ada beberapa penghuni apartmen itu yang mahu masuk ke bangunan itu dan aku berpeluang untuk masuk ke pintu utama.

Apabila nombor yang dinyatakan dihubungi, aku tidak dapat memahami sebutir pun perkataannya kerana semuanya dalam bahasa perancis. Alhamdullilah ada seorang jejaka berbangsa Afrika dari Zimbabwe yang sudi membantu kami. Dia fasih berbahasa english dan juga perancis. Dialah yang menghubungi syarikat berkenaan dan bercakap dalam bahasa perancis bagi pihak aku memandangkan aku tidak tahu berbahasa berkenaan. Sebenarnya ada juga beberapa orang lain yang turut sama membantu kami. Tujuan menghubungi syarikat berkenaan adalah untuk mendapatkan kod access untuk membuka peti keselamatan yang terletak berhampiran pintu masuk untuk mengambil kunci bilik ke apartment kami. Syukur ada jejaka berkenaan yang begitu baik hati membantu kami sekeluarga.. Dialah yang menerangkan kepada kami kod masuk ke pagar dan pintu utama malah blok apartmen kami juga. Selain jejaka itu terdapat juga beberapa jejaka perancis lain yang turut sudi membantu kami, malah ada seorang daripada mereka menghadiahkan sebatang pen berdakwat hitam untuk membolehkan kami menulis kod access berkenaan. Katanya "Welcome to paris and this is a souvenier from Paris" Kami tergelak sambil tersenyum seketika.

Syukur Alhamdullilah malam itu kami dapat tidur di apartment berkenaan dengan selesa.


Berhampiran kaki menara Eiffel; Aku, Mak dan Adik

Eiffel Tower dari dekat.

**The Eiffel Tower is an 1889 iron lattice tower located on the Champ de Mars in Paris that has become both a global icon of France and one of the most recognizable structures in the world. The Eiffel Tower, which is the tallest building in Paris, is the single most visited paid monument in the world; millions of people ascend it every year. Named after its designer, engineer Gustave Eiffel, the tower was built as the entrance arch for the 1889 World's Fair.

The tower stands 324 m (1,063 ft) tall, about the same height as an 81-story building. It was the tallest man-made structure in the world from its completion until the Chrysler Building in New York City was built in 1930. Not including broadcast antennas, it is the second-tallest structure in France after the 2004 Millau Viaduct.

The tower has three levels for visitors. Tickets can be purchased to ascend by stairs or lift to the first and second levels. The walk to the first level is over 300 steps, as is the walk from the first to the second level. The third and highest level is accessible only by lift. Both the first and second levels feature restaurants.

Sungai Seine, Paris

Champ de Mars

The Champ de Mars is a large public greenspace in Paris, France, located in the seventh arrondissement, between the Eiffel Tower to the northwest and the École Militaire to the southeast. The park is named after the Campus Martius ("Mars Field") in Rome, a tribute to the Roman god of war. The name also alludes to the fact that the lawns here were formerly used as drilling and marching grounds by the French military.

Shot nie interesting kan.. tapi tak ingat siapa yang ambil.. aku ke pakwe?? ;)

Berhampiran menara nie ada orang cari duit dengan bergaya seperti patung emas ;)

Menaiki cruise sepanjang sungai Seine

Notre Dame de Paris

Notre Dame de Paris (French for Our Lady of Paris), also known as Notre Dame Cathedral, is a Gothic, Roman Catholic cathedral on the eastern half of the Île de la Cité in the fourth arrondissement of Paris, France. It is the cathedral of the Roman Catholic Archdiocese of Paris: that is, it is the church that contains the cathedra (official chair), of the Archbishop of Paris, currently André Vingt-Trois. Notre Dame de Paris is widely considered one of the finest examples of French Gothic architecture in France and in Europe. It was restored and saved from destruction by Eugène Viollet-le-Duc, one of France's most famous architects.

Potret Monalisa, Leonardo Da Vinci di Museum De Lourve.

Muzium nie kalau masuk pada hujung minggu pertama setiap bulan.. percuma je.. Pada tahun 2002 kami berpeluang masuk ke sini dengan percuma.. semata-mata sebab nak tengok potret Mona Lisa nie ;)

Mona Lisa (also known as La Gioconda or La Joconde) is a sixteenth-century portrait painted in oil on a poplar panel in Florence, Italy by Leonardo di ser Piero da Vinci during the Renaissance. The work is currently owned by the Government of France and is on display at the Louvre museum in Paris under the title Portrait of Lisa Gherardini, wife of Francesco del Giocondo. Arguably, it is the most famous and iconic painting in the world.
Louvre Pyramid, Struktur berkaca segi tiga di Musee De Lourve

The Louvre Pyramid (Pyramide du Louvre) is a large glass and metal pyramid, surrounded by three smaller pyramids, in the main courtyard (Cour Napoleon) of the Louvre Palace (Palais du Louvre) in Paris. The large pyramid serves as the main entrance to the Louvre Museum. Completed in 1989, it has become a landmark of the city of Paris.

The Musée du Louvre or officially the Grand Louvre — in English, the Louvre Museum or Great Louvre, or simply the Louvre — is one of the world's largest museums, the most visited museum in the world, and a historic monument. It is a central landmark of Paris, France and is located on the Right Bank of the Seine in the 1st arrondissement (district). Nearly 35,000 objects from prehistory to the 19th century are exhibited over an area of 60,600 square metres (652,300 square feet.

Avenue des Champs-Élysées. Laluan pejalan kaki yang penuh dengan kedai-kedai berjenama terkenal dunia.

The Avenue des Champs-Élysées is a prestigious avenue in Paris, France. With its cinemas, cafés, luxury specialty shops and clipped horse-chestnut trees, the Avenue des Champs-Élysées is one of the most famous streets in the world, and with rents as high as €1.1 million (USD1.5 million) annually per 1,100 square feet (92.9 square metres) of space, it remains the most expensive strip of real estate in Europe. The Avenue des Champs-Élysées is known in France as La plus belle avenue du monde ("The most beautiful avenue in the world").

Louis Vuitton, Paris. Ramai yang beratur di luar butik nie

Semasa dalam perjalanan ke Arch de Triomphe, kami ditegur oleh sepasang suami isteri dari negera China. Mereka meminta tolong kami untuk membelikan mereka sepasang beg dan dompet berjenama LV. Menurut mereka untuk kawan mereka di China. Memandangkan setiap pelanggan hanya boleh membeli 1 beg dengan rekabentuk yang sama. Permintaan mereka aku tolak dengan baik.. Hahaha.. dari belikan untuk orang.. baik beli untuk diri sendiri... Jangankan nak beli LV di Paris.. semasa aku berkunjung ke butik LV ke Milan, Italy pun aku tak beli.. Sorry ler ye.. LV bukan design yang aku minat ;)

Ada perarakan terhormat di Arc De Triomphe

The Arc de Triomphe is a monument in Paris that stands in the centre of the Place Charles de Gaulle, also known as the Place de l'Étoile. Officially, it is the Arc de Triomphe de l'Étoile, as a smaller Arc de Triomphe du Carrousel exists nearby. It is located at the western end of the Champs-Élysées. The triumphal arch honours those who fought for France, particularly during the Napoleonic Wars. On the inside and the top of the arc there are all of the names of generals and wars fought. Underneath is the tomb of the unknown soldier from World War I.

La Grande Arche at La Defense.

La Défense is a major business district of the Paris aire urbaine. With a population of 20,000, it is centered in an oval freeway loop straddling the Hauts-de-Seine département municipalities of Nanterre, Courbevoie and Puteaux. The district is at the westernmost extremity of Paris' 10 km long Historical Axis, which starts at the Louvre in Central Paris and continues along the Champs-Élysées, well beyond the Arc de Triomphe before culminating at La Défense.

The Arche is almost a perfect cube (width: 108m, height: 110m, depth: 112m); it has been suggested that the structure looks like a four-dimensional hypercube (a tesseract) projected onto the three-dimensional world. It has a prestressed concrete frame covered with glass and Carrara marble from Italy and was built by the French civil engineering company Bouygues.


Puas jugalah kami menjelajah kota Paris pada hari itu. Ada beberapa tempat yang tidak sempat kami kunjungi mengenangkan mak dah sakit kaki berjalan lebih 10 batu, aku putuskan untuk balik ke Apartmen semula. Balik dari berjalan mak sakit kaki.. Kesian dia.. dek kerana rasa bersalah.. Aku ambil peluang urut kaki mak dan aku tegah dia membuat sebarang kerja keras.. Urusan memasak sepanjang 4 hari itu aku lakukan sepenuh masa.. Mak nak pegang senduk pun aku tak bagi hehehe ;)

Apa pun kenangan semasa di Paris ini cukup bermakna buat aku.. Akhirnya Mak dapat juga ke sini.. Cuma sedikit terkilan kerana tidak dapat membawa ayah bersama dek kerna dia sudah tidak kuat untuk berjalan jauh.. InsyAllah jika ada rezeki mungkin sahaja bila pulang ke tanahair.. Aku pasti akan membawa mereka berjalan lagi.. Oh ya.. Pakwe dah niat nak bawak ayah berjalan ke satu negara.. Akan aku tuntut kemudian hari ;)

**Semua nota tentang tempat-tempat menarik di ambil dari wikipedia

This entry was posted on Monday, June 28, 2010 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Pengembara:

Related Posts with Thumbnails