•Friday, December 03, 2010
Setiap kali aku 'down' dengan kerja-kerja study aku.. atau 'stress' dengan rutin harian yang tak kunjung sudah.. Selalunya aku sering teringat akan bumi Andalusia..

Ketika ke Andalusia pada tahun 2009.. Ini merupakan kembara aku yang pertama sepanjang berada di UK hampir 4 tahun ini. Kenapa aku begitu teruja? Tak tahulah.. tapi aku memang suka dengan bumi Andalusia yang terletak dalam tanah jajahan Sepanyol.. Kembara ke sini sentiasa meninggalkan kesan mendalam dalam diri aku.. Kadang dengan hanya mengenang saat-saat kembara ke sini.. Hati yang risau atau gundah gulana terubat seketika.. Mata seolah terbayangkan lautan yang luas (Costa De Sol) terbentang sepanjang perjalanan dari Bandar Malaga ke La Linea berhampiran Gibraltar..

Oleh itu bermula hari ini.. Aku akan kompilasikan semua rentetan perjalanan kembara aku.. yang pernah aku tulis dalam blog peribadi aku.. Dulu aku banyak menulis entri kembara di Blog 'Aku dan Glasgow'. Sejak aku wujudkan blog 'Satu Perjalanan' aku dalam proses memindahkan entri dari sana ke sini.. Lagipun masa aku mula menulis entri-entri nie dulu.. rakan blog masih tak ramai lagi.. So rasanya amatlah sesuai aku kongsikan semula perjalanan kembara aku di sini..

Oh ya kebanyakan entri yang aku letakkan, aku 'copy' terus dari entri yang lepas.. dan sedikit sebanyak akan aku edit mana yang dirasakan sesuai..


Kembara ke Bumi Andalusia Sepanyol
Yang bertanda biru itulah bandar-bandar yang kami kunjungi ;)

Andalusia merupakan 'komuniti autonomous Sepanyol' dan dikenali sebagai wilayah yang diwartakan berdasarkan sejarah kewarganegaraannya. Istilah ini merujuk kepada wilayah yang telah dispesifikasikan mengikut constitution 1978 membawa kepada wujudnya istilah 'Autonomous communities'.

Andalusia berasal daripada perkataan arab Al-Andalus dan dibahagikan kepada 8 daerah yang dikenali sebagai Huelva, Seville, Cádiz, Córdoba, Málaga, Jaén, Granada dan Almería. Di Andalus banyak kesan-kesan tinggalan sejarah zaman Bani Umaiyah dan kerajaan 'Moor', ini boleh dilihat lebih ketara di Granada dan Cordoba.

Pandangan bumi Andalusia dari kapal terbang Ryanair.. Ketika ini hati sudah teruja sangat-sangat ;)

Alhamdullilah kembara ke bumi Andalusia selama 4 hari dan 3 malam selesai dengan selamat dan lancar.. Walaupun singkat masa namun sedikit sebanyak dapat juga aku kutip pengalaman dan kenangan di situ. Dengan cuaca bersuhu di antara 15-18 darjah dengan panas membahangnya..
Sungguh jauh berbeza dengan bumi Glasgow ini

Perjalanan ini telah dirancang sejak tahun 2008 lagi.. Jika ditanya adakah aku puas mengembara.. Pastinya aku katakan tidak puas.. Berada di Cordoba hanya selama 2 jam sahaja tidak cukup untuk aku nikmati senibina lamanya yang begitu unik sekali.. Apatah lagi ketika kembara ini pakwe tak dapat ikut.. sebab urusan kerja.. Sebab itu jika ada peluang lagi pastinya aku mahu ke sana lagi ;)

Laluan bertanda merah itu adalah laluan yang kami ikuti selama 4 hari.

Perjalanan kami bermula di Malaga.. Bermalam di Alcaidesa.. ke Gibraltar.. Cordoba.. Granada (bermalam 2 hari) ke Almeria dan akhirnya kembali ke Malaga untuk penerbangan balik ke Glasgow.

Dari lapangan terbang Malaga.. Kami menyewa sebuah MPV dengan 7 tempat duduk. Pemanduannya adalah di sebelah kiri.. Mulanya agak janggal bagi rakan memulakan pemanduan yang setelah sekian lama biasa dengan pemanduan sebelah kanan.. Puas jugalah mengingatkan bahawa perlu membelok ke sebelah kanan jalan.. dan berpusing di 'roundabout' arah lawan jam.. puas jugalah sekejap ke tengah.. sekejap ke tepi.. maklumlah belum biasa lagi dengan pemanduan berkenaan..

Bandar Malaga

Ketika keluar dari kawasan lapangan terbang.. Terbentang luaslah pantai 'Costa De Sol' yang penuh dengan hotel-hotel, restauran.. cafe.. bar pub di sepanjang pantai itu.. Suasana yang panas membahang mengingatkan kami pada cuaca panas di tanahair.. dan apatah lagi dengan susun atur bangunannya yang juga lebih kurang sama, sedikit sebanyak mengingatkan aku tentang suasana di Malaysia ketika di sana.. Baik dari segi senibina rumahnya yang banyak berciri-cirikan rumah-rumah cina yang jenis bertembok di malaysia.. lebuhraya yang tidak jauh bezanya.. Namun berjalan ke Bumi Andalusia sememangnya tidak dapat dilupakan..

Lebuhraya yang kami ikuti.. Lihat gunung ganang dari jauh tuh.. Tinggi kan :)

Lebuh raya ke La Linea

Kami menuju ke La linea De conception tempat penginapan di Alcaidesa.. sebelum itu kami sudah sesat hampir sejam lebih mencari penginapan kami.. yang rupanya di Alcaidesa dan bukan di La Linea De conception..

Penat berpusing-pusing mencari arah menggunakan 'Navigator'.. Akhirnya aku buat panggilan ke 'Hotel Quercus' menanyakan arah tujuan kami.. Nasib jejaka 'reception' itu fasih berbahasa english..

Kami sampai juga tapi dah masuk maghrib..

Malam itu kami hanya sempat berjalan-jalan di sekitar pekan La Linea yang berhampiran dengan Gibraltar.. Sunyi sepi jelah sebab banyak kedai-kedai dah tutup..

Hotel Quercus Alcaidesa.. Hotel kami menginap

Bilik di Hotel Quercus.. Serba merah jambu..

Oh ya beberapa bulan kot selepas kembara ini, rakan yang pergi bersama kami menceritakan suaminya ternampak sesuatu pada sofa berwarna merah di biliknya.. Bilik mereka bersebelahan sahaja. Seram juga bila teringat balik, apatah lagi ketika itu aku bermalam seorang diri dalam bilik ini. yelah kami sampai pun dah maghrib dan kawasan hotel ini pulak agak terpencil dalam kawasan kelab golf. Ketika kami bersarapan pagi keesokan harinya.. hanya kami 2 keluarga dan 1 keluarga lagi yang ada di ruang makan hotel itu. Lagipun.. kawan aku tuh ada anak kecil berusia setahun lebih. Alhamdullilah aku tidur tanpa gangguan walaupun ada gak rasa cam semacam jek malam tuh.. ;)

Akan aku sambung lagi kisah pengembaraanku nanti ya ;)

This entry was posted on Friday, December 03, 2010 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Pengembara:

On 3 December 2010 at 11:25 , kak Erna said...

iina..disana pun ada nampak 'benda' ke..seram jugak kan..
iina...cantiknya pemandangan.. iina..bertuah dapat mengalami pengalaman mengembara kenegara orang....
iina..akak jugak rasa bertuah..jadi follower blog iina ini..kerana..walau pun cuma melihat gambar..akak dapat juga menikmati keindahannya..

 
On 3 December 2010 at 12:11 , iina said...

Kak Erna

mana2 pun ada kak.. tapi saya ada rasa semcm jelah.. nmpk blum lgik..

Alhamdullilah kak.. dpt tgk pun ok juga kan ;)

 
Related Posts with Thumbnails