•Tuesday, May 24, 2011
Salam semua,

Sorry dekat nak 3 minggu baru nak kemaskini blog nie.. Biasalah bila bab-bab nak bercerita ilmiah dan perlukan buat kajian nie memang aku benar-benar kena cari masa yang sesuai nak buat. Kalau saja-saja buat suka-suka.. lebih baik aku tak yah cerita sebab bukan sikit benda-benda yang aku nak study balik hanya untuk buat entri nie.. Tapi kalau takat letak gambar pastu tengok-tengok sambil senyum2 jek.. anytime jek leh letak entri hehehe..

Ok selesai mukadimah.. So nak sambung cerita pasal pergunungan nie.. Sebelum tuh.. aku nak beritahu.. selain daripada route A82 yang aku cerita nie.. sebenarnya untuk ke Inverness ada 2 jalan lain yang boleh diikuti.. kedua-dua jalan itu ikut jalan hiway .. tak lalu langsung jalan A82 nie.. sebab jalan nie jalan kampung camtu.. Tapi.. kalau nak melihat keindahan pergunungan Scotland.. aku memang galakan ikut jalan nie.. dengan syarat kena lalu sini waktu sianglah.. kalau lalu waktu malam agak merbahaya sikit sebab jalan sempit dan berliku-liku.. lepas tuh takde maknalah nak tengok pemandangan sebab dah gelap.. Tapi kalau memang nak terus ke Inverness.. aku galakan ikut jek hiway.. boleh tengok dalam google map atau set dalam navigator 'fastest route' confirm dia akan ikut jalan hiway ke Inverness.. Kalau nak ikut route A82 nie.. kalau guna navigator aku cadangkan set ke 'Fort William' kemudian bila sampai jek Fort William set pula ke 'Inverness'. InsyAllah memang sepanjang perjalanan tuh memang akan ikut route A82 nie..

Untuk siri 2 nie aku nak buat sistem numbering sikit sebab banyak sangat nak cerita.. dan gambar pun bukan main banyak.. Aku cuba susun ikut aturan yang aku ingat.. Lagi pun kalau silap pun korang bukannya perasan sangat sebab view pergunungan yang aku letak nie memang akan berubah mengikut musim.. Enjoy jelah kan.. cuma aku akan fokus pada beberapa tempat yang sering aku berhenti bila lalu route nie..

Ok letak balik map nie buat rujukan..
Kita masih lagi dari point A ke B

Sebenarnya di Loch Lomond nie banyak tempat boleh berhenti..

Papan tanda ke Loch Lomond


Papan tanda ke Luss, Tarbet & Crianlarich

Singgah di Luss
Satu perkampungan yang amat kecil.. Ada sederet rumah jek..
Shot mengadap Tasik Loch Lomond
Pasir kat sini semua warna kelabu jek

Luss Village (photo Google)
Luss (Lus in Gaelic) is a village in Argyll & Bute, Scotland, on the west bank of Loch Lomond. Historically in the County of Dunbarton, its original name is Clachan dubh, or 'dark village'.
Sebenarnya Tasik Loch Lomond nie luas..
Lepas jek perkampungan Luss nie..
Di sebelah selatan tasik Loch Lomond ada visitor centre yang dikenali sebagai Loch Lomond Shores
Boleh singgah kat sini kalau rasa nak melepak
Visitor centre nie ada pelbagai kemudahan awam, kedai-kedai, Loch Cruise dan Sea Life Aquarium

Loch Lomond Shores (Photo Google)
Bangunan yang cam tower tuh 'Sea Life Aquarium'

Ok kita teruskan..
Perjalanan belum lagi separuh nie..
Dah banyak berhenti kan

Loch Lomond
Berhenti lagi ambil shot nie..
Memang penatlah keluar masuk keta je kerjanya..
Lebih penat driver kena tekan brek sebab co-driver kata nak ambil gambar..
Tapi kadang-kadang driver buat-buat berhenti pulak lepas tuh sound..
"Ahh.. P lah ambik gambar.."
'Eh bang perli ke??'

Kita teruskan perjalanan ke Tarbet pulak..
Ini port wajib berhenti ok..
Kalau driver tuh pakwe aku..
Confirm dia mahu berhenti kat sini..
Sebabnya???
Korang skroll kat bawah jelah

Tarbet
Kawasan nie boleh nampak tepi jalan je..
Nampak jek Tarbet Hotel, belok kanan dan akan nampak deretan tempat parking.
Kat sini wajiblah singgah..
Sebab apa pakwe aku mesti singgah??
Sebab ada toilet hehehe ;)
Kalau berjalan ke highland nie memang kerap sangat cari toilet sebab sejuk..
Sebab itu kat mana letaknya toilet nie memang dah hafal sangat ;)
Tak kiralah apa musim pun..
Scotland nie memang sejuk sepanjang tahun..
Musim panas sekali pun..
Rasa macam musim sejuk jek
Itu belum kira hujan lagi tuh ;)

Tarbet (Scottish Gaelic: An Tairbeart (in full Tairbeart Loch Laomainn)) is a small village in Argyll and Bute, Scotland. Traditionally on the northern fringes of the historic County of Dunbarton, it is on the banks of Loch Lomond, and has a pier. It stands on an isthmus where Loch Long and Loch Lomond come close.

Lagi satu view kat sini memang cantik
Boleh piknik atau naik cruise.


Tarbet Information centre

The Tarbet Hotel

Sila baca untuk makluman sendiri ;)

Loch Lomond Cruise
Nak tahu tentang bayaran dan tempat tujuan rujuk sini
Ada banyak trip dari point nie..
Boleh pilih mana yang suka..

Selesai p toilet..
Ambil gambar lebih kurang..
Kita teruskan perjalanan..
Harap maklum kalau ikut route nie kekerapan berhenti itu adalah biasa
Jangan risau memang akan teruja nak berhenti punya..
Lagipun bukan korang jek yang akan berhenti sesiapa jek yang ikut route nie biasanya pun akan berhenti gak..
Percayalah kata-kata ku ini ;)

Laluan di sekitar Tarbet ini sempit dan berliku-liku..
Biasalah ikut jalan korner baring nie kan..
Aku dah 3 kali drive ikut jalan nie..
Sekarang nie pakwe jelah drive pulak..
Aku jadi co-pilot ;)
Kena hati-hati sikit bila lalu sini sebab jalannya agak sempit
Kalau bertembung dengan bas kena himpit ke tepi sikit..

Pakwe pernahlah cakap..
"Abang takde hal.. Dah biasa lalu jalan camni kat 'Bukit Tangga' (Kuala Klawang, Jelebu)"
Eksen betul dia ;)

View nie memang cantik..
Sila puji ok..
Daku dah penat menaip nie..
Berikanlah aku kekuatan menaip seterusnya.. huhuhu..
Ok.. chaiyok-chaiyok..

Lalu tepian tasik Loch Lomond

Sebenarnya selepas Tarbet nie ada 1 lagi tempat berhenti..
Lebih kurang 6 minit (4 batu) dari Tarbet
Di kenali sebagai Inveruglas
Kat sini pun ada jeti untuk Cruise dan kemudahan awam lain..
Kat sini juga terletaknya Inveruglas Power Station yang menggunakan hydro elektrik..
Berbaloi gak berhenti kat sini
Boleh ambil gambar ada kawasan berbukit yang mengadap tasik

Inveruglas Power Station, Inverarnan, United Kingdom
This travel blog photo's source is TravelPod page: Day 3: Inversnaid to Inverarnan
Yang panjang cam wayar tuhlah stesen janakuasa Hydro Elektrik Inveruglas

Inveruglas Power Station, Inverarnan, United Kingdom
This travel blog photo's source is TravelPod page: Day 3: Inversnaid to Inverarnan
Aku ada ambil gambar kat sini.. tapi malas nak selongkar dalam hardisk..
Enjoy jelah gambar dari Travelpod nie..

Selepas lalu Inveruglas..
Kita lalu Ardlui, Inveraman
Akhirnya sampai ke Crianlarich iaitu persimpangan untuk masuk ke kawasan Pergunungan Scotland

Kawasan pergunungan mula kelihatan dari jauh



Nampak Tanda P itu? Boleh parking kat situ kalau nak berhenti

Laluan di tepi gunung-gunung..

Rona warna biasan cahaya pada tanah..



Entri nie pun aku buat dah dekat 2minggu lebih sebenarnya..
Tapi tak dapat nak publish sebab kena cari maklumat dan edit gambar ikut susunan ..
Dan biasalah.. kerja hakiki aku pun banyak nak kena buat juga..
Sebab itu ambil masa lama nak publish entri nie..
Sorry ye kawan-kawan ;)


Ok kita sambung lagi nanti..
Harapnya takdelah sampai 3 minggu lagi nak update ;)


•Wednesday, May 04, 2011
Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal pergunungan di Scotland nie..

Banyak sebenarnya boleh nak diceritakan..
Tapi biasalah bila bab-bab nak story nie.. mesti aku jadi malas nak menaip..

Oklah aku cubalah cerita mengenai Pergunungan Scotland..

Kalau datang ke UK.. Kalau tak singgah ke Scotland kira cam rugilah..

Wajib pergi adalah kawasan pergunungannya..

The Scottish Highlands (Scottish Gaelic: A' Ghàidhealtachd meaning Land of the Gaels) is a historic region of Scotland. It was culturally distinguishable from the Scottish Lowlands from the later Middle Ages into the Modern period, when English replaced Scottish Gaelic throughout most of the Lowlands. The term is also used for the area north and west of the Highland Boundary Fault, although the exact boundaries are not clearly defined, particularly to the east. The Great Glen divides the Grampian Mountains to the southeast from the Northwest Highlands. The Scottish Gaelic name of A' Ghàidhealtachd literally means 'the place of the Gaels' and traditionally, from a Gaelic-speaking point of view, includes both the Western Isles and the Highlands. 
(wikipedia :http://en.wikipedia.org/wiki/Scottish_Highlands)


Photo dari wikipedia

Jika dari Glasgow.. Route yang boleh diikuti adalah Route A82 bermula dari Glasgow (sebelum tuh dari rumah aku kena ikut M8 ke arah Greenock dan exit di Erskine) dan berakhir di Inverness. Laluan ini melalui Loch lomond, Tarbet, Crianlarich,Tyndrum, Glen Coe, Loch Leven, Loch Linnhe, Fort William, Fort Augustus, Loch ness, dan akhirnya tiba di Inverness (nanti aku hurai serba sedikit pasal pekan dan bandar nie dalam entri aku ok). Sepanjang laluan ini pemandangan dia.. amat mengasyikan.. walaupun aku dah ke sana lebih dari 6 kali.. setiap kali ke sana pemandangan itu tetap berbeza.. setiap musim mempunyai warna dan pemandangan yang cukup berbeza.. Sebab itu aku tidak pernah jemu ke situ setiap tahun.. (Nota : Route A adalah jalan kampung.. atau jalan biasa, manakala M adalah lebuhraya)

Sebenarnya Route A82 merupakan laluan yang tercantik jika mahu ke kawasan pergunungan Scotland. Kita akan lalu kawasan ladang-ladang.. diikuti tepian tasik atau dikenali sebagai Loch.. hinggalah memasuki kawasan tanah tinggi pergunungan yang menyajikan pemandangan yang mampu membuatkan kita terpukau dengan keindahannya.
The A82 is a trunk road in Scotland. It is the principal route from Lowland Scotland to the western Scottish Highlands, running from Glasgow to Inverness, going by Loch Lomond, Glen Coe and Fort William. It is the second longest primary A-road in Scotland after the A9, which is the other principal route to Inverness from the south of Scotland. In the Gàidhealtachd (the Gaelic-speaking parts of Scotland), the A82 is equipped with bilingual road signs - currently the only long distance trunk route in the Highlands from the South to be thus furnished.
Untuk Siri 1 aku cerita pengenalan dulu tentang pergunungan Scotland ini. Cerita intro jek dah rasa panjang dah nie.. Aku akan cite sikit laluan dari Glasgow melalui Erskine Bridge untuk ke Loch Lomond. Untuk Siri 2 pula (Route A to B) ini aku ceritakan laluan dari Loch Lomond hingga ke Fort William selama 2 1/2 jam pemanduan (banyak nak cite nie sebab byk lokasi dan gambar menarik.. kalau aku rajin nak cite lah ok) dan diikuti dengan Siri ke 3 (Route B to C) pula yang bersambung dari Fort William ke Inverness selama 1 1/2 jam pemanduan. Biasanya masa memandu akan jadi lebih lama sebab kita akan teruja untuk berhenti di banyak tempat 'parking' sementara yang terdapat di sepanjang route A82 itu. Kenapa kita akan berhenti?? Sebab pemandangan di sepanjang laluan ini.. Cukup mempersonakan.

Route A82 dari Glasgow(A) ke Fort William(B) ke Inverness(C)

Kenapa bermula dari Glasgow? Soalan nie sapa tanya sajelah tuh kan.. Dah aku duduk Glasgow kenalah mula dari Glasgow... Kot aku duduk London ke.. Manchester ke.. Edinburgh ke.. Logik lah juga kan nak mula dari situ.. Kira Glasgow nie cam strategik lah.. Masuk jek lebuhraya M8.. boleh sahaja kemana-mana utara atau selatan.. Janji sampai dan ikut had laju maksimum 70 batu sejam ok (batu tau.. bukan km..)

Untuk sesi pengenalan nie aku cerita sikitlah laluan dari Glasgow melalui Erskine Bridge dan ke Loch Lomond (lebih kurang 14 batu).. Nanti untuk siri ke 2 aku akan sambung laluan seterusnya..

George Square (kiranya central Glasgow lah)
Aku tiap-tiap hari lintas dataran George nie..
Ala-ala cam dataran merdeka lah gitu..


Lebuhraya M8 Glasgow & Edinburgh
Lebuhraya utama untuk ke mana-mana tempat di UK dari Glasgow
Keluar dari M8 ambil exit ke Erskine/Bishopton dan ikut pula route A82 (jalan kampung)
Sebenarnya dari Glasgow boleh juga memilih jalan biasa yang bukan hiway bermula dari Great Western Road melalui Clydebank dan bersambung dengan Route A82 ini..
Biasanya aku malas nak ikut jalan Great Western Road nie sebab kena lalu tengah-tengah bandar Glasgow, yang banyak traffic light..

Erskine Bridge (photo dari wikipedia)
Mesti lalu jambatan ini untuk ke Loch Lomond
Oh ya tahun lepas ada 2 orang budak scottish perempuan terjun dari Bridge nie bunuh diri.. kecohlah kejap
Aku rasa kat mana-mana kalau ada jek bridge mesti ada yang nak bunuh diri ler..
The Erskine Bridge is a cable-stayed box girder bridge spanning the River Clyde in west central Scotland, connecting West Dunbartonshire with Renfrewshire
Lepas jek Erskine Bridge nie..
Ikut jek sign ke 'Loch Lomond' (A82)

Loch Lomond
Loch Lomond is one of the most popular lochs in Scotland, lined with secluded bays, tiny villages and backed by mountains. Within the loch are numerous islands and the loch itself is home to all kinds of water sports from fishing, sailing, boating, water-skiing, diving and kayaking. In the summer months thousands of people come to Loch Lomond to enjoy the nature and relax.

Loch Lomond is known as 'Loch Laomainn' in Scottish Gaelic. The loch is 24 miles long and between 0.75 and 5.0 miles wide. It has an average depth of about 37m, reaching a maximum of 190m. It has the largest surface area of any lake in the UK, and is only surpassed by Loch Ness in volume. In the loch is Inchmurrin, the largest lake island in Britain. Loch Lomond is now part of Loch Lomond and the Trossachs National Park and on the eastern shore stands Ben Lomond, the southernmost of the Scottish Munros with a height of 974m.

Most of the population, and travel destinations, around Loch Lomond are on the western shore. These include the villages of Aldochlay, Arden, Inverbeg, Inveruglas, Luss, Stuckgowan and Tarbet. At the southern end of the loch are Balloch and Alexandria.

Loch Lomond boleh dilihat sepanjang laluan awal A82..
Sepanjang jalan nie memang nampak air tasik sahaja terutama bila lalu kawasan 'Tarbet' sebab Loch nie memang panjang..
Selalunya kalau nak ambik gambar di sekitar Loch Lomond boleh berhenti di 'Loch Lomond Duck Bay'
Kat situ ada tempat boleh piknik dan BBQ

Pagi di Loch Lomond Duck Bay
Masa nie air di Loch  Lomond pun beku
One of my fav photo

Nampak tanda P berwarna biru tuh?
Tempat tuh boleh parking sementara untuk ambil gambar 'scenery' sepanjang laluan ini..

Bersambung..

Related Posts with Thumbnails