•Tuesday, May 24, 2011
Salam semua,

Sorry dekat nak 3 minggu baru nak kemaskini blog nie.. Biasalah bila bab-bab nak bercerita ilmiah dan perlukan buat kajian nie memang aku benar-benar kena cari masa yang sesuai nak buat. Kalau saja-saja buat suka-suka.. lebih baik aku tak yah cerita sebab bukan sikit benda-benda yang aku nak study balik hanya untuk buat entri nie.. Tapi kalau takat letak gambar pastu tengok-tengok sambil senyum2 jek.. anytime jek leh letak entri hehehe..

Ok selesai mukadimah.. So nak sambung cerita pasal pergunungan nie.. Sebelum tuh.. aku nak beritahu.. selain daripada route A82 yang aku cerita nie.. sebenarnya untuk ke Inverness ada 2 jalan lain yang boleh diikuti.. kedua-dua jalan itu ikut jalan hiway .. tak lalu langsung jalan A82 nie.. sebab jalan nie jalan kampung camtu.. Tapi.. kalau nak melihat keindahan pergunungan Scotland.. aku memang galakan ikut jalan nie.. dengan syarat kena lalu sini waktu sianglah.. kalau lalu waktu malam agak merbahaya sikit sebab jalan sempit dan berliku-liku.. lepas tuh takde maknalah nak tengok pemandangan sebab dah gelap.. Tapi kalau memang nak terus ke Inverness.. aku galakan ikut jek hiway.. boleh tengok dalam google map atau set dalam navigator 'fastest route' confirm dia akan ikut jalan hiway ke Inverness.. Kalau nak ikut route A82 nie.. kalau guna navigator aku cadangkan set ke 'Fort William' kemudian bila sampai jek Fort William set pula ke 'Inverness'. InsyAllah memang sepanjang perjalanan tuh memang akan ikut route A82 nie..

Untuk siri 2 nie aku nak buat sistem numbering sikit sebab banyak sangat nak cerita.. dan gambar pun bukan main banyak.. Aku cuba susun ikut aturan yang aku ingat.. Lagi pun kalau silap pun korang bukannya perasan sangat sebab view pergunungan yang aku letak nie memang akan berubah mengikut musim.. Enjoy jelah kan.. cuma aku akan fokus pada beberapa tempat yang sering aku berhenti bila lalu route nie..

Ok letak balik map nie buat rujukan..
Kita masih lagi dari point A ke B

Sebenarnya di Loch Lomond nie banyak tempat boleh berhenti..

Papan tanda ke Loch Lomond


Papan tanda ke Luss, Tarbet & Crianlarich

Singgah di Luss
Satu perkampungan yang amat kecil.. Ada sederet rumah jek..
Shot mengadap Tasik Loch Lomond
Pasir kat sini semua warna kelabu jek

Luss Village (photo Google)
Luss (Lus in Gaelic) is a village in Argyll & Bute, Scotland, on the west bank of Loch Lomond. Historically in the County of Dunbarton, its original name is Clachan dubh, or 'dark village'.
Sebenarnya Tasik Loch Lomond nie luas..
Lepas jek perkampungan Luss nie..
Di sebelah selatan tasik Loch Lomond ada visitor centre yang dikenali sebagai Loch Lomond Shores
Boleh singgah kat sini kalau rasa nak melepak
Visitor centre nie ada pelbagai kemudahan awam, kedai-kedai, Loch Cruise dan Sea Life Aquarium

Loch Lomond Shores (Photo Google)
Bangunan yang cam tower tuh 'Sea Life Aquarium'

Ok kita teruskan..
Perjalanan belum lagi separuh nie..
Dah banyak berhenti kan

Loch Lomond
Berhenti lagi ambil shot nie..
Memang penatlah keluar masuk keta je kerjanya..
Lebih penat driver kena tekan brek sebab co-driver kata nak ambil gambar..
Tapi kadang-kadang driver buat-buat berhenti pulak lepas tuh sound..
"Ahh.. P lah ambik gambar.."
'Eh bang perli ke??'

Kita teruskan perjalanan ke Tarbet pulak..
Ini port wajib berhenti ok..
Kalau driver tuh pakwe aku..
Confirm dia mahu berhenti kat sini..
Sebabnya???
Korang skroll kat bawah jelah

Tarbet
Kawasan nie boleh nampak tepi jalan je..
Nampak jek Tarbet Hotel, belok kanan dan akan nampak deretan tempat parking.
Kat sini wajiblah singgah..
Sebab apa pakwe aku mesti singgah??
Sebab ada toilet hehehe ;)
Kalau berjalan ke highland nie memang kerap sangat cari toilet sebab sejuk..
Sebab itu kat mana letaknya toilet nie memang dah hafal sangat ;)
Tak kiralah apa musim pun..
Scotland nie memang sejuk sepanjang tahun..
Musim panas sekali pun..
Rasa macam musim sejuk jek
Itu belum kira hujan lagi tuh ;)

Tarbet (Scottish Gaelic: An Tairbeart (in full Tairbeart Loch Laomainn)) is a small village in Argyll and Bute, Scotland. Traditionally on the northern fringes of the historic County of Dunbarton, it is on the banks of Loch Lomond, and has a pier. It stands on an isthmus where Loch Long and Loch Lomond come close.

Lagi satu view kat sini memang cantik
Boleh piknik atau naik cruise.


Tarbet Information centre

The Tarbet Hotel

Sila baca untuk makluman sendiri ;)

Loch Lomond Cruise
Nak tahu tentang bayaran dan tempat tujuan rujuk sini
Ada banyak trip dari point nie..
Boleh pilih mana yang suka..

Selesai p toilet..
Ambil gambar lebih kurang..
Kita teruskan perjalanan..
Harap maklum kalau ikut route nie kekerapan berhenti itu adalah biasa
Jangan risau memang akan teruja nak berhenti punya..
Lagipun bukan korang jek yang akan berhenti sesiapa jek yang ikut route nie biasanya pun akan berhenti gak..
Percayalah kata-kata ku ini ;)

Laluan di sekitar Tarbet ini sempit dan berliku-liku..
Biasalah ikut jalan korner baring nie kan..
Aku dah 3 kali drive ikut jalan nie..
Sekarang nie pakwe jelah drive pulak..
Aku jadi co-pilot ;)
Kena hati-hati sikit bila lalu sini sebab jalannya agak sempit
Kalau bertembung dengan bas kena himpit ke tepi sikit..

Pakwe pernahlah cakap..
"Abang takde hal.. Dah biasa lalu jalan camni kat 'Bukit Tangga' (Kuala Klawang, Jelebu)"
Eksen betul dia ;)

View nie memang cantik..
Sila puji ok..
Daku dah penat menaip nie..
Berikanlah aku kekuatan menaip seterusnya.. huhuhu..
Ok.. chaiyok-chaiyok..

Lalu tepian tasik Loch Lomond

Sebenarnya selepas Tarbet nie ada 1 lagi tempat berhenti..
Lebih kurang 6 minit (4 batu) dari Tarbet
Di kenali sebagai Inveruglas
Kat sini pun ada jeti untuk Cruise dan kemudahan awam lain..
Kat sini juga terletaknya Inveruglas Power Station yang menggunakan hydro elektrik..
Berbaloi gak berhenti kat sini
Boleh ambil gambar ada kawasan berbukit yang mengadap tasik

Inveruglas Power Station, Inverarnan, United Kingdom
This travel blog photo's source is TravelPod page: Day 3: Inversnaid to Inverarnan
Yang panjang cam wayar tuhlah stesen janakuasa Hydro Elektrik Inveruglas

Inveruglas Power Station, Inverarnan, United Kingdom
This travel blog photo's source is TravelPod page: Day 3: Inversnaid to Inverarnan
Aku ada ambil gambar kat sini.. tapi malas nak selongkar dalam hardisk..
Enjoy jelah gambar dari Travelpod nie..

Selepas lalu Inveruglas..
Kita lalu Ardlui, Inveraman
Akhirnya sampai ke Crianlarich iaitu persimpangan untuk masuk ke kawasan Pergunungan Scotland

Kawasan pergunungan mula kelihatan dari jauh



Nampak Tanda P itu? Boleh parking kat situ kalau nak berhenti

Laluan di tepi gunung-gunung..

Rona warna biasan cahaya pada tanah..



Entri nie pun aku buat dah dekat 2minggu lebih sebenarnya..
Tapi tak dapat nak publish sebab kena cari maklumat dan edit gambar ikut susunan ..
Dan biasalah.. kerja hakiki aku pun banyak nak kena buat juga..
Sebab itu ambil masa lama nak publish entri nie..
Sorry ye kawan-kawan ;)


Ok kita sambung lagi nanti..
Harapnya takdelah sampai 3 minggu lagi nak update ;)


This entry was posted on Tuesday, May 24, 2011 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Pengembara:

On 21 July 2011 at 00:05 , absolutely emy said...

Wah... cantik2 nyer tempat2 nih.. yer.. ranting2 berlatarbelakang gunung itu pun sangat cantik..

Bestnyer ina jalan2... memang dari kecik saya teringin nak pegi tempat2 cenggini.. harap dapat pegi suatu hari nanti.. :)

 
On 21 July 2011 at 16:00 , iina said...

Emy

InsyAllah 1 day kan ;)

 
Related Posts with Thumbnails