•Thursday, May 24, 2012
Maaf hampir sebulan masa untuk aku update entri seterusnya.. Harapnya pembaca setia masih sudi membaca kisah ini.. Gagahkan juga update entri yang sekian lama tersimpan dalam draf ini.. harapnya mood nak update kisah seterusnya lebih bersemangat..
Surat Thani dibahagikan kepada 19 daerah iaitu
Dari kuil 'Wat Suan Mokkhaphalaram' yang merupakan sebuah kuil Buddha di dalam hutan.. Kami mula bergerak ke satu pekan atau perkampungan orang Thai-Muslim yang terkenal dengan hasil tenunan kain sutera.. Perkampungan ini di kenali sebagai Phum Riang Village di daerah Chaiya
Boleh dikatakan kain batik atau kain ela di sini dijual pada harga THB120 iaitu lebih kurang RM12 sahaja.. Kebanyakan kain batiknya ada yang diimport dari Indonesia, tetapi terdapat juga kain batik buatan Thailand yang pelbagai warna. Semua kain itu dijual dengan 4 meter dan mungkin disebabkan aku bertudung, sedikit sebanyak ianya menarik perhatian kakak yang berniaga di kedai ini. Mungkin dia rasa pelik sebab kawan aku boleh bertutur bahasa Thai dan manakala aku pula sekadar mengangguk mendengar perbualan mereka. Apatah lagi kerana komunikasi antara aku, Suthanya & Kanako sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
Di belakang deretan kedai ini terdapat kawasan tenunan yang dibuat daripada kayu.. dan kerja-kerja tenunan ini dilakukan sepenuhnya oleh kaum wanita Thai-Muslim.. Kebanyakan mereka dalam peringkat umur pertengahan dan sedikit berusia.. pelbagai corak kain tenun dihasilkan.. malah proses mewarna juga dilakukan sekitar kawasan ini..
Aku sempat berbual dengan salah seorang pemilik kedai bersebelahan dengan kedai yang aku beli kain tadi.. Terdapat pelbagai hiasan gambar di kedai itu .. Tuan kedai tersebut memberitahu aku dalam nada loghat kelantan asal usulnya dari Kelantan.. tapi telah lama berhijrah ke situ dan tinggal di situ.. Pekat juga loghat kelantannya.. aku boleh tangkap sikit-sikit sahaja ayat yang aku faham..
Dulu aku pernah minta Suthanya belikan kain ini semasa kami di Glasgow dulu.. Memandangkan aku sendiri berpeluang ke Thailand.. maka awal-awal lagi aku dah beritahu kalau boleh aku nak singgah ke kawasan ini untuk membeli kain untuk keluarga dan sahabat aku di Malaysia. Rasa sedikit terkilan juga tidak membeli kain batik Thailand dengan banyak kerana apabila aku ke kedai lain di sekitar Surat Thani.. harga kain ini menjadi THB180-200.. sedangkan ketika di perkampungan ini aku boleh dapat hanya pada harga THB120 sahaja..
Mungkin jika ada peluang lain kali.. InsyAllah aku akan berkunjung ke sini lagi... Rasanya akan ada banyak trip ke sini lagi di masa akan datang ;)
Selesai membeli belah.. kami mula bertolak balik ke rumah Suthanya di Thakien Thong daerah Kanchanadit untuk makan malam di restauran tepi laut.
Bersambung..
Surat Thani dibahagikan kepada 19 daerah iaitu
- Mueang Surat Thani
- Kanchanadit
- Don Sak
- Ko Samui
- Ko Pha-ngan
- Chaiya
- Tha Chana
- Khiri Rat Nikhom
- Ban Ta Khun
- Phanom
- Tha Chang
- Ban Na San
- Ban Na Doem
- Khian Sa
- Wiang Sa
- Phrasaeng
- Phunphin
- Chai Buri
- Vibhavadi
Dari kuil 'Wat Suan Mokkhaphalaram' yang merupakan sebuah kuil Buddha di dalam hutan.. Kami mula bergerak ke satu pekan atau perkampungan orang Thai-Muslim yang terkenal dengan hasil tenunan kain sutera.. Perkampungan ini di kenali sebagai Phum Riang Village di daerah Chaiya
Antara kain yang dijual di kedai ini..
Aku membeli kain batik Thailand hanya THB120.. jika di tempat lain THB180
Boleh dikatakan kain batik atau kain ela di sini dijual pada harga THB120 iaitu lebih kurang RM12 sahaja.. Kebanyakan kain batiknya ada yang diimport dari Indonesia, tetapi terdapat juga kain batik buatan Thailand yang pelbagai warna. Semua kain itu dijual dengan 4 meter dan mungkin disebabkan aku bertudung, sedikit sebanyak ianya menarik perhatian kakak yang berniaga di kedai ini. Mungkin dia rasa pelik sebab kawan aku boleh bertutur bahasa Thai dan manakala aku pula sekadar mengangguk mendengar perbualan mereka. Apatah lagi kerana komunikasi antara aku, Suthanya & Kanako sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
Di belakang deretan kedai ini terdapat kawasan tenunan yang dibuat daripada kayu.. dan kerja-kerja tenunan ini dilakukan sepenuhnya oleh kaum wanita Thai-Muslim.. Kebanyakan mereka dalam peringkat umur pertengahan dan sedikit berusia.. pelbagai corak kain tenun dihasilkan.. malah proses mewarna juga dilakukan sekitar kawasan ini..
Antara pekerja yang sibuk menenun kain
Mesin untuk menghasilkan benang
Serbuk berwarna yang digunakan
Benang pelbagai warna
Antara produk lain yang turut dijual di sini
Bunga telur dari kain
Pelbagai jenis kain ada di sini
Antara pengunjung terkenal yang pernah datang ke kedai ini..
Dulu aku pernah minta Suthanya belikan kain ini semasa kami di Glasgow dulu.. Memandangkan aku sendiri berpeluang ke Thailand.. maka awal-awal lagi aku dah beritahu kalau boleh aku nak singgah ke kawasan ini untuk membeli kain untuk keluarga dan sahabat aku di Malaysia. Rasa sedikit terkilan juga tidak membeli kain batik Thailand dengan banyak kerana apabila aku ke kedai lain di sekitar Surat Thani.. harga kain ini menjadi THB180-200.. sedangkan ketika di perkampungan ini aku boleh dapat hanya pada harga THB120 sahaja..
Mungkin jika ada peluang lain kali.. InsyAllah aku akan berkunjung ke sini lagi... Rasanya akan ada banyak trip ke sini lagi di masa akan datang ;)
Selesai membeli belah.. kami mula bertolak balik ke rumah Suthanya di Thakien Thong daerah Kanchanadit untuk makan malam di restauran tepi laut.
Bersambung..
Thailand
|
6 Pengembara:
Menarik sungguh perjalanan Iina ini :). Saya ada kain batik Thailand dihadiahkan orang kepada saya. Tapi tak pasti dari kilang mana.
ada bertanyakan tak, dari mana sumber benang2 sutera tersebut ? berminat juga nak tahu sampai ke akar umbi, tapi belum berpeluang ke sana lagi ...
Iiiina....Menarik nyer....tambah lagik bile tengok perusahaan yg gigih mereka buat ni!
Naramas Aman
Pemberian org memang berharga kan ;)
Azizan
Tak tahu ler pulak sumber dari mana.. tak interview pulak hari tuh.. kalau berpeluang ke sana maybe boleh tanya ;)
Zie
Terima kasih
Salam,kak.
Nak tanya kalau honeymoon di suratthani agak2 best tak? akak pegi menginap di mana? boleh suggest? email saya di sitizakiah.hasan@yahoo.com
Salam
Honeymoon? selalu org stop ke surathani nie sebab nak ke pulau koh samui tuh.. Masa trip akak pergi tu akak stay rumah kawan baik akak dia memang org Thailand.. tapi masa turun di lapangan terbang tuh.. ramai orang malaysia yang ke situ sebab nak ke pulau tuh.. di situ memang banyak tempat menginap.. maybe boleh cuba survey sebab akak tak pergi pulau tuh.. akak ke tempat lain ;)