•Tuesday, February 05, 2013
Lama sungguh blog ini menyepi... Kadang ada juga rasa nak 'merge' kandungan blog ini dengan blog warna & cahaya.. Cerita pun boleh digabungkan sahaja.. Well.. akan difikir-fikirkan nanti

Aku nak sambung kisah kami yang dah nak setahun nie.. berzaman nak update..

Selepas kami singgah ke perkampungan tenun.. Keluarga kawan baik aku.. bawa kami pulang ke rumah mereka di daerah Kanchanadit... Tujuannya selain daripada nak lawat rumah mereka.. mereka juga dah booking untuk makan malam di restoran atas laut...

Jarak dari rumah kawan baik aku nie lebih kurang 2 atau 3 km kot.. taklah jauh sangat.. Kawasan nie memang betul-betul dekat tepi laut.. dan restoran tuh memang atas laut.. kira restoran terapung lah.. aku berjaya dapat screen capture 'ariel view' dari goggle map

Inilah lokasi dimana aku menikmati makanan laut semasa ke Thailand di daerah Khancanadit di sekitar Jalan Thalad..
Nampak tak restoran berbumbung biru atas laut tuh? Kat situlah kami makan..

  Kawasan gerai-gerai yang terdapat di sekitar kawasan nie..

 Kawan aku Suthanya explain pada kami berkenaan sejenis kuih yang dijual kat sini

Satu lagi restoran makanan laut tapi yang ini dekat dengan kawasan paya bakau..

Berjalan menuju ke restoran di atas laut
Ada jambatan batu yang disediakan

 Pemandangan dalam restoran..
View kat sini memang best..

 Kami sampai jek..
Tomyam dihidangkan pada kami..
Makan dululah..

Lepas tuh.. Keluarga Suthanya ajak kami pindah tempat duduk ke luar sikit..
Dapat ambil gambar..
Ini antara menu yang dah sampai..

 Sudut di luar restoran ini yang dikelilingi air laut

 Pemandangan waktu senja..

 Hidangan yang kami nikmati..

 Masa nie separuh jalan makan dah..

Kanako dan Ibunya berlatar belakang kan waktu senja..

Acara petang kami ditamatkan dengan makan-makan seafood.. Keluarga mereka dengan baik hati belanja kami semua makan.. Yang bagusnya semuanya adalah seafood dan mereka tak order ayam atau daging sebab hormat aku yang tak boleh makan benda-benda tuh..

Selesai sahaja kami makan.. dan ucap terima kasih pada keluarga Suthanya... Kami pun hantar Kanako dan ibunya ke Hotel di pekan .. Siap masuk bilik dia sekali buat lawatan hehehe... lepas tuh kami pun balik ke rumah Suthanya.. lepak2 dan sembang2 kat situ.. Esok kami akan bertolak ke Krabi untuk jelajah pantai dan pulau di sana..

Bersambung..
This entry was posted on Tuesday, February 05, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Pengembara:

On 5 February 2013 at 08:45 , Naramas Aman said...

Salam,
Wah memang lama betul kisah perjalanan ini disambung semula :)

 
On 5 February 2013 at 09:20 , iina said...

Memang lama sangat pun.. selalu ingat nak update tapi terlupa kejap.. tau2 je dah nak setahun ;)

 
Related Posts with Thumbnails