•Tuesday, December 03, 2013
Salam

Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 aku update ye..

Ramai di kalangan kita suka travelling.. Betul tak.. sama ada solo.. berkumpulan.. atau ikut trip family.. Semua itu ada keseronokan sendiri.. semua itu ada keistimewaan sendiri.. suka dukanya pun tak sama.. so apa bezanya?

Solo..

Siapa yang sering travel solo ini.. Aku memang respek giler.. meaning.. mereka ini sukakan cabaran dan cukup berani.. tidak semua orang sanggup travel seorang diri.. takde teman nak sembang-sembang atau minta pendapat.. takde teman nak tolong ambilkan gambar.. dan takde teman nak sama-sama susah bila tertinggal train.. bas dan sebagainya..

Namun begitu.. travel solo ini ada juga kelebihannya.. kita lebih mudah buat keputusan.. berhenti bila masa nak.. berjalan ikut suka hati.. mana nak pergi.. apa nak buat.. so on .. bla-bla.. Adakalanya travel solo begini lebih cepat pergerakannya... lagi satu cabaran utama travel solo ini adalah faktor keselamatan.. ini perkara yang perlu diambil berat dan kena betul2 well plan..

Berkumpulan

Ini ada 2 kategori.. Berkumpulan bujang.. dan berkumpulan keluarga..

Kumpulan bujang.. meaning kita travel dengan geng2 bujang atau yang dah berkahwin tuh.. kita travel solo dengan kawan-kawan sahaja tanpa kehadiran pasangan masing-masing.. Selalunya travel begini agak seronok kerana bagi yang dah berkahwin.. pergerakan agak bebas sikit ahaks.. dan selalunya lebih banyak tempat boleh pergi dan keseronokan itu lebih ketara..

Kumpulan bekeluarga.. Ini biasanya ahli kumpulan akan termasuk anak-anak sekali.. geng-geng sudah berkeluarga lebih suka travel dengan kawan-kawan yang dah berkeluarga juga.. so skop dan fokus travel kena mengutamakan aktiviti berkeluarga dan yang sesuai untuk anak-anak.. biasanya trip begini tempat yang dilawati selalunya melibatkan tempat yang punya kemudahan untuk anak-anak.. kalau ada agenda shopping dalam travelling trip.. maka faktor membawa anak-anak perlu diambil berat.. dan selalunya masa untuk shopping akan menjadi lebih pendek ahaks.. dan jika travelling dalam group begini faktor makanan adalah perkara utama dalam agenda dan kebiasaanya bekalan makanan dan kemudahan untuk memasak perlu dibawa sebagai backup dan kesenangan setiap ahli kumpulan yang terlibat..

Family

Travelling jenis ini kebiasanya melibatkan keluarga sendiri sahaja.. biasanya aktivti travelling jenis ini lebih disesuaikan dengan apa yang keluarga kita gemari lawati dan segala perancangan travelling hanya fokus pada kesesuaian keluarga berkenaan.. Untuk lebih adventures adakalanya sedikit sukar.. bergantung pada ciri keluarga anda sendiri.. kebiasaanya bila kita travel dengan keluarga sendiri.. aktivitinya adakala sedikit terbatas kerana setiap ahli keluarga punya suara untuk pendapat mereka sendiri.. berbeza dengan travel dengan sesama keluarga lain.. keputusan kebiasaannya melibatkan suara majoriti..

Jenis travel bagaimana yang aku suka?

Aku lebih suka travel secara berkumpulan keluarga.. dan adakalanya aku tak kisah untuk travel berkumpulan bujang (dengan group kerja atau kawan-kawan yang sesuai sahaja)

Memandangkan aku dah berkeluarga.. travel secara berkumpulan keluarga (bersama keluarga yang lain) memberikan cabaran dan kelainan yang menyeronokkan.. adakalanya seronok bila travelling itu keputusannya saling dipersetujui.. atau saling mempengaruhi antara satu sama lain.. dengan syarat geng keluarga itu adalah geng yang 'ngam' baik dengan kita..

Aku kurang gemar travel solo.. tidak dinafikan ada keseronokan tersendiri.. tapi aku lebih suka jika keseronokan itu dapat kita kongsikan bersama.. jika perlu juga travel solo atas urusan kerja.. biasanya aku akan lalui juga tanpa banyak komen.. tapi bila sudah mula ke sana sini sorang-sorang adakalanya lebih rasa bosan pulak.. Sebab itu aku respek mereka yang sanggup untuk travel seorang diri.. aku kategorikan mereka ini cukup berani..

So anda suka travelling yang bagaimana?

Mungkin ada yang nak kongsikan pandangan...
•Wednesday, August 14, 2013
Salam Syawal dan Salam lebaran 2013

Alhamdullilah dah seminggu kita menyambut syawal.. Blog ini juga dah lama sangat sunyi sepi.. Last update bulan 2.. now dah bulan 8.. 6 bulan menyepikan diri.. Maaf takde cerita jalan-jalan yang dapat dikongsikan.. Mungkin sebab penyakit M melanda..

Cerita pasal jalan-jalan ke Thailand pun tak pernah bersambung walaupun entrinya dah lama simpan separuh jalan ceritanya dalam draf.. Tak tahulah jika masih releven untuk diupdate sebab dah setahun cerita tuh.. Hingga kawan aku dari Thailand pun dah plan nak ke Malaysia hjujung tahun nie.. Cerita lepak dengan dia pun tak habis-habis lagi..

Setelah hampir setahun lebih.. Untuk tahun ini aku belum pernah lagi berjaya keluar dari malaysia.. Ada beberapa perancangan yang mungkin akan pergi sekitar negara asia tenggara.. InsyAllah jika ada peluang ke sana nanti aku update.. InsyAllah..

Misi yang dalam perancangan

Kota Kinabalu
Ho Chi Minh City
Bandung/Jakarta
Medan
Glasgow-2013/2014
Tokyo-2014
Thailand-2014

Kemanakah perancangan anda untuk jalan-jalan tahun nie?? Ada yang nak share??

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin


•Tuesday, February 05, 2013
Lama sungguh blog ini menyepi... Kadang ada juga rasa nak 'merge' kandungan blog ini dengan blog warna & cahaya.. Cerita pun boleh digabungkan sahaja.. Well.. akan difikir-fikirkan nanti

Aku nak sambung kisah kami yang dah nak setahun nie.. berzaman nak update..

Selepas kami singgah ke perkampungan tenun.. Keluarga kawan baik aku.. bawa kami pulang ke rumah mereka di daerah Kanchanadit... Tujuannya selain daripada nak lawat rumah mereka.. mereka juga dah booking untuk makan malam di restoran atas laut...

Jarak dari rumah kawan baik aku nie lebih kurang 2 atau 3 km kot.. taklah jauh sangat.. Kawasan nie memang betul-betul dekat tepi laut.. dan restoran tuh memang atas laut.. kira restoran terapung lah.. aku berjaya dapat screen capture 'ariel view' dari goggle map

Inilah lokasi dimana aku menikmati makanan laut semasa ke Thailand di daerah Khancanadit di sekitar Jalan Thalad..
Nampak tak restoran berbumbung biru atas laut tuh? Kat situlah kami makan..

  Kawasan gerai-gerai yang terdapat di sekitar kawasan nie..

 Kawan aku Suthanya explain pada kami berkenaan sejenis kuih yang dijual kat sini

Satu lagi restoran makanan laut tapi yang ini dekat dengan kawasan paya bakau..

Berjalan menuju ke restoran di atas laut
Ada jambatan batu yang disediakan

 Pemandangan dalam restoran..
View kat sini memang best..

 Kami sampai jek..
Tomyam dihidangkan pada kami..
Makan dululah..

Lepas tuh.. Keluarga Suthanya ajak kami pindah tempat duduk ke luar sikit..
Dapat ambil gambar..
Ini antara menu yang dah sampai..

 Sudut di luar restoran ini yang dikelilingi air laut

 Pemandangan waktu senja..

 Hidangan yang kami nikmati..

 Masa nie separuh jalan makan dah..

Kanako dan Ibunya berlatar belakang kan waktu senja..

Acara petang kami ditamatkan dengan makan-makan seafood.. Keluarga mereka dengan baik hati belanja kami semua makan.. Yang bagusnya semuanya adalah seafood dan mereka tak order ayam atau daging sebab hormat aku yang tak boleh makan benda-benda tuh..

Selesai sahaja kami makan.. dan ucap terima kasih pada keluarga Suthanya... Kami pun hantar Kanako dan ibunya ke Hotel di pekan .. Siap masuk bilik dia sekali buat lawatan hehehe... lepas tuh kami pun balik ke rumah Suthanya.. lepak2 dan sembang2 kat situ.. Esok kami akan bertolak ke Krabi untuk jelajah pantai dan pulau di sana..

Bersambung..
Related Posts with Thumbnails