•Thursday, November 11, 2010
Aku dah masuk ke istana ini 3 kali.. 2 kali semasa St Andrew Day dimana kebanyakan istana di sekitar Scotland boleh dilawati secara percuma dan sekali semasa mengiringi kunjungan Dato Naib Canselor ke Scotland tahun lepas.

Sebenarnya masuk ke istana ini lebih happening masa ia dibuka secara percuma kerana lebih banyak aktiviti diadakan sekitarnya. Istana ini mempunyai banyak bangunan yang menempatkan pelbagai bilik pameran. Yang wajib dikunjungi bilik pameran yang mengandungi 'Honours of Scotland: the Crown, the Sceptre, and the Sword of State' ianya telah digunakan semasa pertabalan raja dan pemaisuri Scotland.

Pintu masuk utama

Yang baju merah itu petugas istana yang memeriksa tiket..

Pandangan dari istana mengadap bandar Edinburgh

Mengadap Princess Street.. Nun di sana lautan terbentang luas..
Bandar Edinburgh terletak mengadap lautan Atlantic (dikenali sebagai North Sea)..

Di bawah ini Princess Garden

 Salah satu meriam dalam istana ini dikenali sebagai Mont Meg.

Bangunan dalam Istana

The Royal Palace in Crown Square (gbr dr wikipedia)
Di sini ditempatkan 'Honours of Scotland'

Di dalam 'Great Hall', lelaki ini memberi penerangan mengenai senjata-senjata yang digunakan oleh rakyat Scotland
Pedang panjang tuh adalah pedang yang digunakan oleh pahlawan Scotland semasa menentang English

Masuk melihat pameran penjara dalam istana ini

Inilah bentuk tempat tidur

Ini salah satu bilik penjara

Sekitar istana

Pemandangan laut dari jauh

Istana Edinburgh adalah antara istana yang wajib dikunjungi bila ke Scotland.

Setiap tahun akan diadakan Edinburgh Military Tatoo di hadapan pintu masuk istana ini.

Setiap hari tepat pukul 1.00 petang, meriam akan dibunyikan di atas bukit dalam istana ini. Ini sebagai makluman kepada penduduk sekitar Edinburgh untuk membetulkan jam mereka. Dulu meriam ini dibunyikan bagi memaklumkan kapal-kapal di sekitar Fifth of Forth dan boleh didengari sejauh 2 batu hingga ke Pelabuhan Leith.

This entry was posted on Thursday, November 11, 2010 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Pengembara:

On 11 November 2010 at 21:44 , fa10 said...

saya x pernah pun lg dgr meriam pukul 1 tu...
ke tak perasan ek?

 
On 11 November 2010 at 21:48 , iina said...

Memang ada.. akak penah tunggu bunyi meriam tuh masa mula2 masuk dulu.. memang kuat.. tapi maybe kalau dr princess st tuh tak perasan kot.. cuba try duk kat princess garden tuh time pkl 1 kot2 terdengar hehehe ;)

 
On 12 November 2010 at 06:00 , kak Erna said...

salam iina..unik betul kan..macamana dulu dia orang menysun atur batu batu tu untuk dijadikan bangunan..siap jalan2 pun batu yang disusun jugak..

 
On 12 November 2010 at 11:08 , iina said...

Kak Erna

Yelah kak.. dulu mana ada jalan tar cam sekarang org dulu2 mmg susun batu-batu tuh.. tgk memang rasa kagum sebab terfikir macamana diorg leh buat kan.. itulah kelebihan org dulu2 kan kak ;)

 
Related Posts with Thumbnails